Wednesday, November 28, 2012

Boikot !!

Hati jadi tidak faham dan sungguh sedih bila mana org Islam sendiri jadi tidak sensitif pada isu-isu berkaitan Islam. Cerita di bawah sangat sesuai untuk dijadikan teladan.


 "Boikot-boikot ni tak praktikal..." kata seorang teman kepada saya baru-baru ini.

"Mengapa?" tanya saya.

"Kalau kita boikot produk-produk tu, kita juga yang susah. Bukankah anak-anak kita juga yang bekerja dengan syarikat-syarikat berkenaan?" jawabnya dengan satu soalan.
Saya terdiam. Ada logiknya.


"Kita belum kuat, jangan cari penyakit," tambahnya lagi.
"Perlukah kebencian dilahirkan?"
"Kalau kebencian tidak dilahirkan, apa maknanya?"
Dia pula diam. 
"Kalau awak tidak setuju dengan kempen boikot produk Yahudi ni...ada cara lain?"
"Kita tak boleh buat apa-apa,"ujarnya selamba.


Sikap 'inactive'nya itu mengingatkan saya satu kisah yang saya dengar diceritakan dalam satu rancangan TV9 oleh Ustaz Zamri "Mantop" satu ketika dahulu. 

Kisah bagaimana ketika Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh Raja Namrud dengan api besar. Melihat api besar itu, seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yang kecil lalu dititiskannya ke atas nyalaan api besar itu.
Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung yang lebih besar.
"Apa gunanya air yang setitis itu?" Burung besar menyindir.
"Untuk memadamkan api yang membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim," jawab burung kecil.
"Ha..ha..ha usaha yang sia-sia! Adakah api yang sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?" ejek burung besar lagi.


Jawapannya begini:
"Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu..."


Mendengar jawapan burung kecil itu, sekalian burung yang besar terdiam.
Ya, kalau kita umpama "si burung kecil" dalam usaha memerangi kekejaman Yahudi... siramlah walau "setitis air" untuk memadamkan keganasan.


Carilah BUKTI dan SAKSI keperihatinan kita terhadap nasib umat Islam dihadapan Allah nanti.

Petikan dari buku "Beduk Diketuk - Pahrol Mohd Juoi (Telaga Biru)










Ayah..

Semua orang ada ayah kan. Sama ada dia kenal atau tak kenal, tu perkara kedua. Ada yg panggil ayah, abah, abi, daddy, walid dan sbgnya. Sy juga sebegitu ada seorg lelaki yg menggalas tanggungjawab sbg ketua keluarga yg kami pggil AYAH! Ayah seorg yg agak serius, garang dan mementingkan disiplin. Seperti biasa, di zaman kanak-kanak apa saja larangan dan syarat ayah beri, kita nampak sebagai sekatan dan halangan untuk kita. Padahal itu semua adalah untuk kebaikankita. Namun disebabkan belum matang dlm pemikiran kita menganggap ayah jumud, kolot dan tidak beri kebebasan... 

 Ayah sekarang berumur 70 tahun. Cuma sekarang keadaanya tidak begitu sihat. Sgt risau melihat keadaannya yg tiada selera makan, berat badan susut dan tidak seceria dulu. Sudah jenuh cari rawatan dan ubat-ubatan yg dicari utk memperbaiki tahap kesihatan ayah namun masih keadaan ayah tidak byk berubah. Kdg2 bila ayah meminta perkara pelik-pelik dan bercakap perkara pelik-pelik, kami sekeluarga bertambah risau. Bukan apa, takut tak sempat nk tunaikan... Mgkin kita selalu dgr dan baca, bila ada tiba-tiba perkara pelik atau benda pelik yg diutarakan, ada petanda buruk. 

Kami berharap keadaan ayah akan segera pulih sediakala. Belum puas kami menabur jasa pd ayah seperti yg ayah dah tunaikan tanggungjawab ayah. Pasti tak berbalas. Wahai Allah, Kau panjangkan dan berkatlah usia ayah ini supaya kami masih terus dapat berbakti pada ayah. Sihatkanlah ayah agar dia dpt kembalikan jalankan tanggungjawabnya sebagai hamba-Mu..

Kerapkali sekarang ayah bergenang airmata dan kdg2 tertumpah menitis ke pipi bila ada anak-anaknya pulang dan berbual mesra. Tak diketahui apa perasaan dan fikiran ayah ketika itu. Itu yg menambah risau di hati kami. Kdg2 tidak semena-mena ayah menangis. Sebak hati kami melihat keadaan ayah sebegitu. 

 Kami tahu ayah tidak pernah menunjukkan kasih sygnya pd kami. Mgkin dr kalangan org kg yg tidak tunjukkan kasih syg, tidak bermesra dgn anak-anak, tp kami sgt tahu ayah sgt syg dan kasih pd kami. Wlwlpun hidup dlm kedaifan, apa saja yg org lain mkn kami tetap dpt merasa mkn sbb ayah tak nak anak-anak dia jd kolot/jakun. Apa saja yg sekolah minta/beli, ayah akan sediakan sebaik mgkin.













Moga Allah panjangkan usia ayah dan berkati sisa umurnya. Kami masih memerlukan ayah di sisi.

Monday, July 12, 2010

Hindari Buruk Sangka

DALAM surah al-Hujaraat (QS49), Allah SWT menekankan tentang ukhuwah, baik sesama Muslim mahupun sesama manusia. Ukhuwah, yang biasa diertikan 'persaudaraan,diambil dari akar kata yang pada mulanya bererti 'memperhatikan'.

Makna asal kata ini memberi kesan bahawa persaudaraan mengharuskan adanya perhatian dari semua pihak yang merasa bersaudara.

Perhatian itu dicurahkan kerana adanya persamaan antara pihak-pihak yang bersaudara, sehingga makna asal tersebut kemudian berkembang dan pada akhirnya bererti 'persamaan dan keserasian' dengan pihak lain.

Bahkan mencakup persamaan dalam salah satu sifat seperti kemanusiaan, suku, agama, profession, perasaan dan sebagainya. Dalam kamus-kamus bahasa, ditemukan kata 'akh' yang dibentuk dari kata ukhuwah digunakan juga dalam maksud teman akrab atau sahabat, yang tentunya terjalin kerana adanya persamaan antara mereka.

Hubungan yang baik antara satu dengan lain dan khususnya antara muslim yang satu dengan muslim yang lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya.

Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa setiap mukmin itu bersaudara, seperti dalam firmannya yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." (Surah al-Hujuraat, ayat 10)

Seterusnya, Allah SWT telah memberi amaran, "Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujuraat, ayat 11)

Itulah sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus suburkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan. Agar hubungan ukhuwah Islamiah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah Husnuzh Zhan iaitu 'berbaik sangka'.

Oleh itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang berkait dengan peribadi seseorang apatah lagi seorang Muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya, apatah lagi memberi respons secara negatif.

Allah berfirman yang maksudnya, "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak dingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Surah al-Hujuraat, ayat 6).

Saturday, May 29, 2010

Bagusnya Perangai...

Khamis lepas aku tolong member2 sekerja di kaunter Farmasi Pesakit Luar. Di sini tempat pesakit2 ambil ubat dorg. Sama ada pesakit baru atau refill ubat. Hari tu waktu lunch hour. Aku patutnya x kerja waktu tu tp sbb terlalu ramai sgt pesakit, so aku tolong la dorg. Lgpun kesian kat patient tunggu lama...

Tiba2 ada la sorg lelaki yg layak dipanggil "pakcik" dtg bawak no giliran ke kaunter. Dia tanya member aku nape no giliran dia blom dipanggil? Walhal nombor lain selepas dia dah dipanggil. Kawan aku check dlm sistem komputer nombor tu dah xder. Maksudnya mmg nombor tu sudah dipanggil. Jadi sama ada dia tidak perasan nombor dia dipanggil atau dia xdak kat situ masa nombor tu dipanggil!

Pastu kawan aku ckp, nombor dah dipanggil tadi. Dia menafikan. Sbb katanya dia ada kat depan tu. Mana panggil pun! Aku cuba membela kawan aku. Aku cakap, "encik, encik kena tgk nombor di papan tu. Nombor akan terpampang kat situ". Dia ckp, "saya tgk la. Xkan x tnegok kot. Xkan nak tengok muka ko kot" dalam nada marah. Aku diam je lah. Sbb tgk dia dah lain.. Lgpun aku x kuasa nak layan sbb pesakit masa tu ramai sgt2.

Kawan aku pun dispens ubat (proses pemberian ubat kpd pesakit termasuk info)kat "pakcik" tu. Ubat yg diberi adalah cukup utk 1 bulan. Jadi bulan depan dia kena dtg balik pd tarikh yg diberikan utk refill ubat. Pastu dia mintak utk stok penuh. Maksudnya utk 3 bulan sbb baki dia 3 bulan. Kwn aku ckp, " x dapat lah encik. Sbb stok x byk. Lgpun ubat encik ubat pakar." Mmg kalo ubat2 List A kami jarang bagi kpd pesakit bekalan lebih drpd 1 bulan sbb stok x cukup. Tambah plak tahun nie bajet kena potong lg oleh kerajaan. Jd kena jimat2. Dah la ubat sume mahal2.

"Pakcik" tu x puas hati. Dia cakap dia nak lebih drpd 1 bulan sbb xde masa nak dtg lg. Kwn aku ckp la boleh dtg waktu ujung minggu even public holiday pun boleh dtg sbb farmasi mmg bukak setiap hari cuma kalo hari cuti bukak sampai pukul 1 tghari jer. Pastu dia ckp, "x boleh bg la nie?" dalam nada yg tinggi n marah. Kawan aku ckp mintak maaf x boleh bagi.

Tiba2 kat depan mata kawan aku tu dia koyak preskripsi ubat (surat doktor) dan kad biru (kad utk ubat2 pakar) dan baling kat kawan aku. Masa dia baling tu aku nmpk. Dia siap x boleh x per. Nahhhhhhhhhhh. Pastud ia amek filem x ray dia n blah. Masa nak blah tu, dia ckp "tgk Hospital kat KL pun htr filem xray dr KL ke Seremban tau". Dlm hati aku ckp, mmg la sbb tu ko byr!! Mmg la dia kena bagi servis kat ko!!!!!! Dlm hati aku geram giler tp dah malas nak layan sbb pesakit masa tu penuh sampai penuh dlm sistem komputer. Masa menunggu pesakit pun naik sampai ada yg mcecah 45minit! Dalam Piagam Pelanggan kami, pesakit perlu dpt ubat dalam masa 20minit dan plg lewat dlm 30minit. Mmg x lari la kami nyer masa menunggu kecuali ubat dia ada masalah dan ada ubat yg perlu dibuat pd waktu tu jugak.

Lepas dia koyak aku amek preskripsi tu dan tgk. Patut la baju dia bergaya. 1 sut kemeja mcm YB. Tertulis nama dia Dato' Dr............ Oooo somebody la "pakcik" tu. patut la elok sungguh perangai dia. Tu la ragam n gelagat 1000 pesakit yg kami perlua layan setiap hari. Tu kira ok lagi. Ada yg siap baling lg ubat kat kami sbb nak ubat yg lg mahal (original). Dan selalunya yg wat perangai nie, org2 kaya berpangkat! Kalo dah kaya sgt pg la beli sendiri kan? Kata kaya n byk duit. Manusia manusia...

Friday, May 28, 2010

Pertemuan dan Perpisahan

Semalam sekumpulan pelatih dari MiCoST Ayer Keroh menamatkan latihan praktikal setelah 11 bulan berada di hospital. Sebagai preseptor kepada geng-geng nie, aku mmg rasa agak sedih jugak. Kalo tidak, muka-muka budak nie la yg aku dok kacau, buli n suruh buat keje tp bermula minggu depan dorang sume dah xder. Kena tunggu dorg punyer junior yg akan masuk mungkin dlm bulan Julai nanti.

Yg paling terasa adalah dr segi tenaga kerja. Sbb kalo ada budak2 nie dorg la yg byk tolong kami di tempat kerja sbb kami mmg kekurangan staf. Kalo pesakit ramai, mmg berasap gak la kalo dorg xder. Mmg setiap tahun kita menerima sekumpulan pelajar2 tahun akhir Diploma Farmasi yg menjalani praktikal di hospital sebelum mereka grad sbg latihan sebelum mereka mula bekerja. Pendedahan selama berbulan2 di hospital adalah sbg panduan kpd mereka bila br nak mula kerja nanti di luar sama ada di sektor swasta mahupun kerajaan.

Jd bila kehilangan mereka, mcm patah kaki jugak lah. Terpaksa mengerahkan tenaga kerja yg ada utk memenuhi tuntuan kerja. Terpaksa la...

Bila tengok dorg2 nie, aku teringat zaman2 aku dulu masa praktikal selama 11 bulan jugak di Hospital Alor Setar (skrg Hospital Sultanah Bahiyah). Masa tu tahun 2001-2002. Umo pun br 20-21 tahun. Pg keje naik motor dgn uniform biru. Hahahaha. Klakar sgt! Uniform tu masih ada lg kat kg dlm simpanan aku. Lawak sgt sbb uniform kami masa tu sama warna dgn "Sister" (Ketua Jururawat) di hospital. Jd ramai yg confused ngn kami. Ingatkan kami sume tu Sister di situ. Dah la muda2 jer lg.

Tp momen tu sume sgt seronok!! Sgt2 seronok.. X leh nak lupa. Sbg bdk2 praktikal biasa la. Kena buli, kena kerah tenaga. Tp best bila kita buat benda yg kita suke. Sampai skrg staff2 situ aku masih keep in touch. Aku pg lawat dorg kalo balik kg utk tanya khabar. Dan kebanyakan dorg masih ingat la aku penah praktikal di situ. Lgpun aku bermula dr diploma kemudian sambung ke degree. Jd benda tu sbg perkara yg mudah utk dorg ingat...

Kepada sume pelajar2, wish u all the best! Kalo ada rezeki smbung blaja jd Pharmacist! Keje lg mencabar dan interesting. Kalo yg dah nak keje, keje elok2 dgn penuh komitmen. Benda yg baik belajar selama di sini, bw balik n praktikkan. Mana yg x baik tu jgn la ikut ok! Keep in touch always. Dan pohon ampun maaf kalo ada salah silap dan kekurangan selama korg kat sini yer... Miss u all

Saturday, January 2, 2010

Selamat Datang 2010

Alhamdulillah sempat menghabiskan dan menikmati manis dan pahitnya tahun 2009. Maka 2010 muncul dengan seribu harapan, azam dan angan-angan.
Seperti mana manusia lain yang mengharapkan kebahagiaan, kegemilangan dan kecemerlangan pada tahun baru ini, aku juga begitu. Dengan berbekalkan azam yang tekad dan membulat, aku berharap 2010 akan membuka sinar baru yang lebih kemilau cahayanya dalam hidupku menempuh dunia fana yang penuh dugaan dan cabaran. Moga Allah terus memberikan hidayat dan petunjuk untuk terus beraksi dalam keredhaan-Nya. Amin

Tahun 2010, satu azam dan cita-cita yang amat aku berharap untuk dapat dipenuhi, sambung belajar master. Walaupun hati agak berat untuk meninggalkan karier dan tempat kerja yang begitu baik, selesa dan menyenangkan, aku terpaksa kuatkan hati dan nekad untuk sambung belajar sarjana dalam thaun ini jugak. Sebabnya umur makin tua, ingatan fikiran makin kurang pretasinya. Lagipin nak membina karier di masa depan lagi. Kena la korbankan rasa syg kat kerja sekarang demi masa depan yang lebih bahagia.

Moga dapat ditunaikan secepat mungkin... Doakan aku juga.

Selamat tahun baru kepada semua kawan-kawan. Pergilah 2009, selamat datang 2010!!

Sunday, December 6, 2009

Tamiflu

Selepas kena tegur ngn sorang kwn psl x kemaskini blog ni, aku cuba curi masa buat kisah terbaru. Minta maaf la yer sgt sibuk...

Mungkin isu yg nak di ketengahkan kali ini agak basi dah la. Tp rasanya agak menarik sbb ada antara kita mungkin x pernah lihat dan tengok kot. Skrg kan musim H1N1 (influenza A). Wlwpun masih ada lg, tp dah x sehangat mula2 dulu di mana semua org pakai topeng penutup mulut (mask).

Sbb aku kerja di 'medical line', jd nak kongsi ngn korang ubat utk influenza A ni. Byk kat ofis aku. Hehehehe. Tp ubat yg dikawal la. Setiap keluar masuk kuantitinya kena rekod. Tiap minggu kena htr laporan ke Kementerian Kesihatan Malaysia.

Skrg vaksin H1N1 dah pun berada di Malaysia. Tp di hospital semua 'front liner' jer yg diberi suntikan terlebih dahulu. Byk gosip perubatan menyatakan terdpt byk kesan sampingan drpd suntikan vaksin ini menyebabkan ada yg menolak utk menerima suntikan vaksin tersebut. Ada yg pengsan, demam, sengal2 otot dan kematian. Tp telahpun disahkan oleh WHO bukan kesan sampingan vaksin ini yg menyebabkan kematian tersebut. Tetapi masih menjadi tanda tanya. Kes di Malaysia tidaklah terlalu serius setakat ini, cuma demam, sengal-sengal otot saja. TIada kematian dilaporkan lagi. Tp biasa la ubat baru di pasaran. Mmg mcm tu la. Ada masa aku kongsikan perihal ubat-ubat baru ok.

Tengokla ubat utk rawatan H1N1 nie yer