Friday, February 20, 2009

Taman Negara (Episod 1)

Sempena cuti Thaipusam yg lepas, aku memanjangkan langkah memijak bumi Pahang Darul Makmur. Plan nya dtg di saat akhir jer memandangkan aku xde apa nak dibuat. Lagipun saja-saja nak melawat kawan baik aku di Jerantut tu. Dah lama x pg melawat dia kat sana wlpun kami kerap berjumpa sama ada di KL mahupun di tempat lain.

Aku bertolak dalam pukul 3.30 petang mcm tu. Aku ikut KL dan terus masuk highway ke Kuantan sebelum exit di Temerloh. Seperti kita semua sedia maklum, jalan area Karak ni sgt mencabar. Bengkang bengkok dan curam. Sbb aku x biasa jalan ni jadi perjalanan agak lambat la sket. Mencabar ok... Huhuhuhu. Kamal dah sms bgtau yg dia n Wan akan tunggu di Temerloh. Tp aku xdpt nak call masa otw sbb line maxis x ok. Bila sampai exit Temerloh dpt aku call Kamal. Dia bgtau dia n Wan dah balik ke Jerantut semula dan minta aku menyusul. Sebenarnya, jalan ke sana sgt senang la. Jalan terus jer... Aku terus memecut ke Jerantut dan Kamal tunggu di tepi jalan. Dalam kul 7 mlm mcm tu aku dah sampai umah Kamal. Wan dah sibuk-sbuk di dapur untuk masak makanan mlm tu. Pakar masakan kami...

Lepas solat Maghrib, kami terus bersila depan tv untuk menikmati mkn mlm sajian masakan khas dari Wan. Hahahahaha. Byk ok Wan masak mlm tu... Dibantu oleh Kamal la. Sbb aku tetamu mlm tu, jd aku cuma goyang kaki jer.. Hehehehehehe. Mmg lazat air tgn Wan. Plg menarik adalah sotong goreng tepung dan ikan masak Bdr Tasik Selatan. Pandai Wan masak.. Thanks to Wan. Cuma yg terkilan nyer, kerang dia x leh nak mkn sbb mcm dah busuk sket. Kamal kata mungkin kerang lama la masa beli td. Cuma komen, Wan x dak sayur ok mlm tu. Nasib baik x sembelit... Mungkin air laici menjadi penyelamat kot.. Huhuhuhu

Lepas mkn mlm kami x kuar mana2 pun. Mengikut kata org kg, mlm di situ bagus x payah kuar.. Sgt elok kalo terus berada dlm rumah di mlm hari... Korang nak tau nape? Sbb di sini mlm xde apa2 pun. Mlm mati. Kedai pun kul 10 mlm dah tutup. Hehehehe. Sbb tu jer la... Bukan sbb lain ok!!

Tp mlm tu kami dah siap2kan brg2 utk di bawa ke Tmn Negara, Phg. Tp yg plg best sebenarnya bila dpt kumpul ramai2 mcm ni. Pastu byk la citer dpt dikongsi dan dikorek. Terutamanya mengenai zaman remaja di KSAH (Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah Darul Aman). Ni lah medan yg menemukan jiwa2 muda kami ketika itu. Sama2 mencorak kehidupan yg kami jalani sekarang. Sgt nostalgia... Jadi dekatt pukul 2 pagi baru masing2 tidor. Tu pun sbb tertido. MUngkin aku la kot yg plg awal tido sbb aku sgt kalah ngn ajakan nafsu tido mlm... Huhuhuhuhu

Esok pagi kami x la lambat bangun. Selepas makan nasi lemak yg sedap kami terus bergerak ke Tmn Negara seperti yg di uar-uarkan... Best!!