Wednesday, November 28, 2012

Boikot !!

Hati jadi tidak faham dan sungguh sedih bila mana org Islam sendiri jadi tidak sensitif pada isu-isu berkaitan Islam. Cerita di bawah sangat sesuai untuk dijadikan teladan.


 "Boikot-boikot ni tak praktikal..." kata seorang teman kepada saya baru-baru ini.

"Mengapa?" tanya saya.

"Kalau kita boikot produk-produk tu, kita juga yang susah. Bukankah anak-anak kita juga yang bekerja dengan syarikat-syarikat berkenaan?" jawabnya dengan satu soalan.
Saya terdiam. Ada logiknya.


"Kita belum kuat, jangan cari penyakit," tambahnya lagi.
"Perlukah kebencian dilahirkan?"
"Kalau kebencian tidak dilahirkan, apa maknanya?"
Dia pula diam. 
"Kalau awak tidak setuju dengan kempen boikot produk Yahudi ni...ada cara lain?"
"Kita tak boleh buat apa-apa,"ujarnya selamba.


Sikap 'inactive'nya itu mengingatkan saya satu kisah yang saya dengar diceritakan dalam satu rancangan TV9 oleh Ustaz Zamri "Mantop" satu ketika dahulu. 

Kisah bagaimana ketika Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh Raja Namrud dengan api besar. Melihat api besar itu, seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yang kecil lalu dititiskannya ke atas nyalaan api besar itu.
Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung yang lebih besar.
"Apa gunanya air yang setitis itu?" Burung besar menyindir.
"Untuk memadamkan api yang membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim," jawab burung kecil.
"Ha..ha..ha usaha yang sia-sia! Adakah api yang sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?" ejek burung besar lagi.


Jawapannya begini:
"Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu..."


Mendengar jawapan burung kecil itu, sekalian burung yang besar terdiam.
Ya, kalau kita umpama "si burung kecil" dalam usaha memerangi kekejaman Yahudi... siramlah walau "setitis air" untuk memadamkan keganasan.


Carilah BUKTI dan SAKSI keperihatinan kita terhadap nasib umat Islam dihadapan Allah nanti.

Petikan dari buku "Beduk Diketuk - Pahrol Mohd Juoi (Telaga Biru)










Ayah..

Semua orang ada ayah kan. Sama ada dia kenal atau tak kenal, tu perkara kedua. Ada yg panggil ayah, abah, abi, daddy, walid dan sbgnya. Sy juga sebegitu ada seorg lelaki yg menggalas tanggungjawab sbg ketua keluarga yg kami pggil AYAH! Ayah seorg yg agak serius, garang dan mementingkan disiplin. Seperti biasa, di zaman kanak-kanak apa saja larangan dan syarat ayah beri, kita nampak sebagai sekatan dan halangan untuk kita. Padahal itu semua adalah untuk kebaikankita. Namun disebabkan belum matang dlm pemikiran kita menganggap ayah jumud, kolot dan tidak beri kebebasan... 

 Ayah sekarang berumur 70 tahun. Cuma sekarang keadaanya tidak begitu sihat. Sgt risau melihat keadaannya yg tiada selera makan, berat badan susut dan tidak seceria dulu. Sudah jenuh cari rawatan dan ubat-ubatan yg dicari utk memperbaiki tahap kesihatan ayah namun masih keadaan ayah tidak byk berubah. Kdg2 bila ayah meminta perkara pelik-pelik dan bercakap perkara pelik-pelik, kami sekeluarga bertambah risau. Bukan apa, takut tak sempat nk tunaikan... Mgkin kita selalu dgr dan baca, bila ada tiba-tiba perkara pelik atau benda pelik yg diutarakan, ada petanda buruk. 

Kami berharap keadaan ayah akan segera pulih sediakala. Belum puas kami menabur jasa pd ayah seperti yg ayah dah tunaikan tanggungjawab ayah. Pasti tak berbalas. Wahai Allah, Kau panjangkan dan berkatlah usia ayah ini supaya kami masih terus dapat berbakti pada ayah. Sihatkanlah ayah agar dia dpt kembalikan jalankan tanggungjawabnya sebagai hamba-Mu..

Kerapkali sekarang ayah bergenang airmata dan kdg2 tertumpah menitis ke pipi bila ada anak-anaknya pulang dan berbual mesra. Tak diketahui apa perasaan dan fikiran ayah ketika itu. Itu yg menambah risau di hati kami. Kdg2 tidak semena-mena ayah menangis. Sebak hati kami melihat keadaan ayah sebegitu. 

 Kami tahu ayah tidak pernah menunjukkan kasih sygnya pd kami. Mgkin dr kalangan org kg yg tidak tunjukkan kasih syg, tidak bermesra dgn anak-anak, tp kami sgt tahu ayah sgt syg dan kasih pd kami. Wlwlpun hidup dlm kedaifan, apa saja yg org lain mkn kami tetap dpt merasa mkn sbb ayah tak nak anak-anak dia jd kolot/jakun. Apa saja yg sekolah minta/beli, ayah akan sediakan sebaik mgkin.













Moga Allah panjangkan usia ayah dan berkati sisa umurnya. Kami masih memerlukan ayah di sisi.