Monday, December 29, 2008

Santai di Melaka (episod 2)










Santai di Melaka


Lama aku tak mencoret kat blog ni. Agak sibuk sket ujung2 tahun nie. Aku mula balik dengan deretan cerita yg belum sempat dipaparkan.

Disebabkan aku x balik kg sempena Hari Raya Haji lepas, jadi aku dan kwn2 seangkatan saja makan2 angin ke Melaka. Lepas menunaikan solah sunat Hari Raya Aidiladha, aku berborak sekejap dengan member2 yg terjumpa di masjid tu. Lepas tu, aku terus memerap dlm umah menatap komputer dan tv.

Waktu menginjak tengah hari, seperti yg dijanjikan kwn2 aku pun dtg ke rumah. Kami akan ke Melaka dari rumah aku. Hizal kawan baik aku sejak di UiTM tahun 2000 (sewaktu aku buat diploma) sampai dulu menaiki "katak hijaunya'. Tak lama kemudian, Kamal (kwn baik aku aku kenal sejak di KSAH tahun 1994) sampai bersama Wan. Tanpa membuang masa, kami terus bertolak ke Melaka menaiki kereta Kamal. Jadi kami berempat ke sana. Kamal memandu, aku di sebelah. HIzal dan Wan di belakang. Yg best, Wan bawa bekalan kuih-muih yg sempat dijamah dlm perjalanan. Paling sedap tart nenas yg memang mantap giler...

Sampai di Melaka, kami terus ke kwsan bandar sebab nak pick up sorang laki kwn, Asyran (panggilan Ash). Sampai kawasan town, memang jam la. Byk sgt kereta.. Maklumla cuti kan. Semua org ambil kesempatan utk kuar. Lepas ambil Asy, kami terus ke destinasi di tuju. Kami parking kereta dekat tempat yg agak jauh sbb parking memang penuh dan terus jalan sekitar. Bermula di pinggir Sg Melaka sampai lah di A'Famosa dan sebangainya. Memang seronok sbb dah lama x dtg jalan2 di Melaka. Dah byk perubahan..

Beruntung sbb Ash memang asal Melaka. Kebetulan di kg balik beraya. Jadi kami ambil kesempatan jalan2 sbb ada Ash sbg penunjuk jalan. Yg terkilan x dpt makan masakan asam pedas yg popular di Jonker Street. Menarik sgt tempat tu. Kata Ash, lagi meriah waktu mlm.

Kami jalan2 sekitar tempat bersejarah. Memang ramai org serata tempat. Korea, Singapore, mcm2 la. Omputih memang byk la.. Lepas jalan2, kami pg mkn kat satu tempat yg dibawa Ash. Lepas mkn, kami terus drop Ash kat 1 tempat dan terus bertolak ke Seremban semula. Mlm tu kami sempat main boling di Jusco Seremban. Aku menang kedua2 set. Puas!!! Wlwpun x dpt byk pin, tapi tetap luas dpt kalahkan Hizal dan Kamal. Wan x menonjol maybe sebab dah penat jalan2 di Melaka td.

Thursday, December 25, 2008

Di Taman Teman

Pagi tadi aku terdengar lagu baru ni. Sedap jugak. Tapi yang aku lebih suka adalah liriknya. Puitis. Bunga bahasa dia sgt cantik. Aku kagum... Korang cuba teka lagu sapa?!


Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Mersik manja asyik fana

Di kala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hindar purnama
Kau masih setia

Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat kujejaki tamanmu
Benar indah
Amat indah

Di kala luka terlalu dalam
Sembuhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam
Kau tetap setia

Walau jauhku berlari
Walau jenuhku mencari
Tetap sungguh kau temani
Tanpa jemu dan benci

Biarku telan tangismu
Biarku simpan resahmu
Meski kau bukan milikku
Teguh kau di hatiku

Percayalah
Kau inderaloka
Kan kususuri
Bahagiamu teman di taman ini

Sunday, December 7, 2008

Salam Eidul Adha

Raya AIdil ADha kali ni aku tak balik kg disebabkan ada kerja yg perlu dibereskan. Kemungkinan besar aku akan balik pd Jumaat ptg lepas kerja kerana ada kenduri sket di kg. Tp tu pun x pasti lagi la. Khamis dan Jumaat ada Audit ISO. Kalo org audit tu dtg ke jabatan aku pada Khamis, jadi bleh la Jumaat tu aku ambil off. Bleh cau balik kg sat. Huhuhu. Tp kalo x, x dpt la aku balik kg. Lain kali la nampknya...

Sepjg hari raya ni, kau dok umah je. Lepas solat hari raya, aku balik melepak kat umah. Ujan renyai-renyai sejak awal pagi. Sambil dok tgk tv, aku jamu selera ngn lemang, rendang dan lontong yg kwn aku bagi. Tima kasih yer kawanku yg sudi hantar makanan tu... Hehehehe

Kepada semua, Selamat Hari Raya AIdiladha dengan penuh keinsafan. Hayati erti pengorbanan yg sebenar. Buatlah pengorbanan utk agama terutamanya, bangsa dan negara. Moga Allah memberkati kita dengan hidayah-Nya dan menerima kita di hari depan yg kekal abadi..

Friday, November 28, 2008

Gembira Tak Terkata

Pada hari sabtu yang lepas, tempat aku menabur bakti mencari rezeki telah mengadakan satu majlis yg dinamakan Sambutan Hari Jantung & Diabetes Sedunia, Peringkat Negeri 2008. Maka, MB Negeri Sembilan telah dijemput merasmikan program tersebut.

Seperti biasa, aku telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pengacara Majlis program tersebut. Ini merupakan permintaan Pengarah Hospital sendiri membuatkan aku tak dapat nak menolak. Buat kali keduanya majlis yg dihadiri oleh MB aku acarakan. Wlwpun dah berkali-kali menjadi Pengacara Majlis tapi aku masih berdebar-debar dan takut. Seperti biasa, malam aku jadi gundah gulana. Tidur tak lena. Perut rasa tak kena. Itulah lumrah yg selalu aku hadapi setiap kali aku pegang amanah mengendalikan majlis.

Maka pada hari berlangsungnya majlis aku tiba dalam pukul 9 pagi. MB bakal menjejak kaki pada pukul 11.30 pagi. Di sebelah pagi bermula pukul 9 pagi merupakan ceramah berkaitan penyakit jantung dan diabetes yg sangat menarik intipatinya untuk dikongsi.

Pukul 11 pagi setiausaha sulit MB mencari aku bagi meneliti kata-kata aluan dalam teks aku untuk diperbetulkan. Terutamanya bab susunan dalam protokol. Dia juga mengesahkan kehadiran VIP-VIP yang telah dijemput. Dalam detik 10 minit sebelum 11.30 pagi, Event Manager berbisik kepada aku. Mereka sudah dalam perjalanan. Siap sedia.. Tepat pukul 11.30 pagi, maka terdengar paluan kompang menandakan yang ditunggu sudah sampai, yang dinanti sudah pun tiba. Bila melihat kelibat MB di daun pintu auditorium, terus aku alunkan suara lunak dari anak tekak mengumumkan kedatangan beliau..

Seperti yg dirancang majlis berjalan dengan tiada gangguan dan cacat celanya. Kemudiannya, aku menjemput MB menakluk pentas utama bagi menyampaikan ucaptama seterusnya merasmikan majlis pagi itu. Sebaik mengambil tempat, MB memberikan ucapan beliau. Beliau memberikan ucapan tahniah ke atas kejayaan-kejayaan yg telah dikecapi dan terus memberikan sokongan utk terus berjaya memberikan perkhidmatan yg baik.

MB menyeru supaya perkhidmatan kaunter dipertingkatkan kecekapan. Beliau amat berpuas hati dengan tahap sekarang seperti perkhidmatan di Jabatan Farmasi seperti contoh. Tiba-tiba MB terus memalingkan mukanya kepada aku yg berdiri mendengar ucapannya di balik rostrum yg sedari awal aku gunakan utk mengacarakan majlis. Dia berkata "Kamu pharmacist kan?". Seluruh dewan bergema dengan ketawa hadirin. Aku tersenyum dan mengangguk-angguk kepala tanda setuju. Dalam hati berkata "Yer. Saya pharmacist".

Aku tidak terkejut macam mana MB tau aku merupakan Pegawai Farmasi di situ. Bukan kerana MB memang mengenali aku. Siapalah aku.. Cuma aku ternampak dia berbisik dan berborak dengan Pengarah semasa aku majlis berlangsung. Mungin di situ Pengarah memaklumkan akan status dan siapa aku.

Hati aku berbunga rasa gembira. Kerana peranan aku dihargai. Biarpun aku cuma mengacarakan majlis tersebut. Bukanlah siapa-siapa yg byk membuat jasa dalam perkhidmatan. Aku jadi terharu. Pasti aku takkan lupakan. Sebenarnya saat MB naik ke pentas, beliau ada juga memberikan pujian kepada aku. Katanya, aku boleh terlibat dalam bidang yg berkaitan puitis. Mungkin teks ucapan aku yg agak puitis terutama semasa aku menjemput beliau utk maju ke pentas utama. Aku rasa dihargai

Maka selepas itu, berhamburlah kata-kata pujian ke atas aku sebaik majlis selesai. Tapi aku dah tak kisah. Janji majlis telah berjalan baik dan lancar. Amanah telah aku laksanakan dengan sebaik mungkin. Terus perut yg sedari tadi kosong tak terisi berkeroncong. Padahal sebelum majlis, aku sikit pun tak terasa lapar wlwpun dihidangkan dan disajikan dengan pelbagai makanan. Sebabnya, aku masih berdebar-debar. Lapar bertukar jadi senyap. Tersembunyi seketika.. Tidak dapat dieksperisikan sepenuhnya..

Selesai majlis aku enak menjamu selera dan terus beredar pergi menuju ke teratak aku. Aku manjakan diri dalam kamar yg tak seberapa. Terus aku dilamun mimpi di siang hari..


Saturday, November 22, 2008

Pengalaman Pertama di Hotel Istana

Sudah lama aku biarkan ruangan ini kosong tak terisi. Bukanlah niat di hati sengaja membiarkan coretan ini tiada bahan baru tapi disebabkan beban tugas yg amat menghadkan masa utk jari aku menari-nari menaip secebis dua coretan.

Minggu lepas buat pertama kali dalam hidup, aku menjadi emcee utk satu majlis perkahwinan di ibu kota. Sebetulnya, si pengantin perempuan ini merupakan tema sejawatan & sealiran kerja tapi dia bertugas di KL. Kami pernah terlibat dalam satu program National Pharmacy R&D Conference pada Julai lepas di mana aku menjadi dalam emcee program tersebut. Daripada situ mungkin dia terfikir untuk mengambil aku dan pasangan pengacara untuk mengacarakan majlis perkahwinannya. Tambahan pula, kami masih lagi amatur, jadi harga tidaklah terlalu mahal.

Sejujurnya, bukanlah perkara asing bagi aku menjadi pengacara majlis bagi majlis formal walaupun aku masih baru setahun jagung lagi. Baru dalam setahun dua aku bergelumang dan berjinak-jinak. Mungkin sebab minat dan aku mendapat respon yg baik, maka aku teruskan. Tapi, tidaklah majlis yg besar-besar. Paling besar pun, majlis melibatkan MB Negeri Sembilan dan Ketua Pengarah Kesihatan sahaja.

Tapi aku tak pernah lagi jadi emcee untuk sebarang majlis perkahwinan. Sekiranya majlis perkahwinan di rumah di mana aku terpaksa bertindak sebagai deejay, memang aku takkan setuju ambil risiko sebab aku memang tak pandai berceloteh. Tapi ,disebabkan majlis tersebut adalah majlis berprotokol dan ada skrip, maka aku setuju. Pada awalnya, aku agak teruja untuk terlibat sebab maklumlah pengalaman pertama. Tapi bila tiba pada hari raptai, aku rasa gelisah sangat. Tambah-tambah, bila sampai ke Hotel Istana tempat majlis akan berlangsung, dibawa bertemu dengan Event Manager dan duduk bersama-sama semasa briefing, hati kau jadi makin tak keruan. Aku kembali terfikir boleh ke aku buat? Majlis ni majlis besar. Aku buka skrip dan mengamatinya, hati aku agak tenang sedikit. Debaran jantung yg tadi agak laju kembali perlahan. Aku suka dan berpuas hati dengan skrip yg telah disediakan. Cuma aku makin risau sama ada aku boleh mencapai standar yg dikehendaki.

Selepas sesi briefing oleh Event Manager mengenai gambaran majlis, kami kembali ke lokasi majlis yg akan berlangsung pada sebelah malam. Aku dan pasangan pengacara aku lantas mengambil posisi masing-masing. Si perempuan namanya Hani. Dia sebenarnya merupakan pasangan pengacara aku semasa majlis National Pharmacy R&D Conference dulu. Dan aku rasa kami serasi untuk bekerjasama. Sebab itu aku setuju untuk terus bekerjasama dengan dia. Semasa di rostrum, Hani berbisik. "Farizh, macam mana intonasi untuk majlis mcm ni ek? Tak pernah la". Aku pun jawab, "Buat je lah macam mana pun. Kita cuba. Kalau tak betul, nanti Pak Karim (Event Manager) tu betulkan la kot".

Kami terus gelisah sepanjang raptai. Sebab terlalu tak keruan, aku banyak kali tersasul menyebut beberapa perkataan. Tapi aku tabahkan hati je lah sebab aku dah terima dan berani ambil risiko. Jadi aku perlu teruskan. Lagi pulak, aku tak boleh berpatah balik. Majlis bakal berlangsung pada malam ini. Kami pun cuma sempat utk buat sekali raptai penuh. Mungkin disebabkan persiapan yg rapi dan teratur. Semuanya telah dirancang dengan baik. Jadi tidaklah pening kepala bagi kami untuk mengawal majlis.

Selesai raptai, kami duduk berehat untuk makan tengah hari. Lega hati blia pasanagan pengantin tak habis-habis mengucapkan terima kasih kerana sudi jadi emcee bagi majlis mereka. Tambahan pulak sudi datang dari jauh untuk menghadiri sesi raptai. Lepas makan, kami kena duduk berbincang dan buat script reading yg sepatutnya dibuat sebelum briefing tadi. Tapi disebabkan aku dan Hani terkal-kial mencari tempat dan terpinga-pinga nak jumpa siapa maka terpaksa dilewatkan.

Di sinilah tempat di mana aku tambah tidak bersemangat. Aku makin jadi lemah, luluh dan putus asa. Pak Karim, memulakan sesi itu dengan pujian kepada Hani. Katanya, intonasi, phrasing dan tone suara Hani tiada masalah. Okay. Tapi... Pak Karim, mengkritik phrasing, tone suara dan intonasi aku. Katanya, phrasing dan intonasi aku lemah. Aku memang terima sebab aku budak baru belajar. Inilah pertama kali dalam hidup aku mengacarakan majlis perkahwinan. Tambah pulak majlis yg sebegini grand. Aku pasrah.. Tapi aku pujuk hati. Aku boleh buat. Dan aku mesti boleh. Tak putus-putus aku terus memujuk hati aku yg dah retak.

Dalam sesi tersebut, Pak Karim membetulkan di mana salah silap kami. Aku belajar bersunguh-sungguh supaya dapat buat yg terbaik seperti yg diharapkan. Aku bukanlah nak menunjukkan yg aku hebat dan terbaik. Bukan itu sebenarnya maksud aku. Yg lebih penting bagi aku ialah, pihak tuan rumah berpuas hati dengan kerja aku. Supaya majlis grand mereka itu tiada cacat cela sementelahan aku antara tulang belakang majlis pada malam itu. Mana taknya, suara aku akan berkumandang dari awal sehingga penutup majlis.

Cuma apa yang aku kecewa, cara Pak Karim melayan antara aku dan Hani. Tau lah dia tidak berpuas hati dengan suara, tone dan phrasing aku, tapi janganlah tunjuk sangat. Dia seolah-olah melayan aku tidak seberapa. Dia bercakap, membuat teguran tanpa melihat aku langsung. Semua perbualan dibuat dengan Hani sahaja. Padahal Hani pun bukanlah bagus sgt. Sama sahaja sebab kami sama-sama masih baru. Kalau aku teruk sangat, takkan la aku mendapat pujian melambung pada majlis-majlis yg lepas. Atau... mungkin sebab aku ni kaum Adam gak. Satu spesies, jadi Pak Karim tiada cas dengan aku. Mungkin jugak.

Tapi bagi aku, semua tu cuma menjadikan aku lebih bersemangat untuk terus mencuba. Sedikit pun tidak melemahkan aku. Sebab aku rasa, aku boleh buat. Aku mesti cuba.. Jadi pada majlis sebenarnya, maka berlangsunglah majlis dengan jayanya. Tanpa ada masalah. Semuanya lancar. Dan akhirnya, sedikit pujian daripada Pak Karim dapat aku umpan. Tegurnya pada Hani, "Awak tergopoh-gapah. Tak cool. Tapi Farizh okay. Tenang..". Hati aku kembali berbunga-bunga. Tapi aku tak mendambakan apa-apa pun. Yang penting, alhamdulillah, semuanya selesai dengan baik. Sebelum pulang, Pak Karim memberi dorongan banyak berlatih lagi supaya jadi lebih baik. Sekiranya serius, boleh jadi side income yg lumayan katanya lagi. Dalam hati aku berbisik, bagus jugak Pak Karim ni yer..

Keesokan harinya aku mendapat kiriman sms daripada bekas teman sekelas aku yg sama-sama menghadiri majlis perkahwinan Aina di Hotel Istana yg aku acarakan. Sms itu memberikan komen utk aku. Aku terima apa-apa jua komen supaya aku menjadi lebih baik. Naf (teman yg mengirim sms tersebut) mengatakan aku perlu jadi lebig cool dan macho semasa mengacarakan majlis. Jgn kunyah perkataan. Intonasi boleh diperbaiki lagi. Aku tersenyum sebab tak sangka pandai gak Naf bagi komen sebaik itu. Buat makluman, majlis kahwin Naf di Dewan Felda Jln Semarak telah diacarakan oleh Chuari Selamat. Kalau yg tidak berapa kenal, Chuari Selamat merupakan seorang deejay radio dan sering mengacarakan Pertandingan Berbalas Pantun Sekolah Menengah Peringkat Kebangasaan. Terima kasih yer Naf..


Inilah Aina dan suaminya, Shahrir. Semoga bahagia dan kekal ke akhir hayat. Terima kasih kepada Aina bagi peluang dan ruang kepada aku mendapat pengalaman baru...


Macam pahlawan Melayu tak?



Inilah ruang kosong yg aku isikan malam itu...



Tempat aku yg telah dikhaskan..


Pintu masuk ke Gand Ballroom..


Hiasan mlm itu. Serba indah..

Inilah Hani, pasangan pengacara aku mlm tersebut..

Monday, November 10, 2008

Langkawi (Episod 2)

Semasa kurus di Langkawi aku cuma sempat naik kereta kabel jer dan membeli belah coklat yg sgt2 murah tu. Yg lain x sempat nak pergi sbb kesuntukan masa. Lgpun dtg atas tuntutan kerja kan. Bukan dtg makan angin. Tapi apa pun sempat gak la paling kurang naik kereta kabel yg dah lama di idam-idamkan tu. Sangat seronok!! Tambahan pula, keadaan cuaca yg begitu baik memberikan pemandangan yg sgt cantik dan menarik.

Masa naik tu tiada rasa gayat sgt sbb landai je. Tp masa turun ada 1 point yg memang curam sgt. Berdegup jugak jantung.. Tp apa pun agak kecewa sbb jambatan gantung di tutup sementara waktu kerana di naik taraf. X dpt la merasa. Di sini ada dilampirkan sedikit gambar2 semasa di Hotel Westin dan semasa lawatan ke kereta kabel.





Gondola yg membawa penumpang ke atas



Dengan kawan2 sekursus







Check point kedua



Nie masa kat entrance





Bilik aku beradu selama 3 hari 2 malam







Coklat2 yg aku sempat beli..

Tuesday, November 4, 2008

Langkawi...

Jumaat lepas bersamaan 31 Okt 2008, aku terbang ke bumi Mahsuri yg penuh lagenda memenuhi keperluan tugas. Seawal jam 10 pagi aku tiba menjejakkan kaki di lantai KLIA bersama rakan sepejabat. Kami bertolak dari teratak keluarganya setelah aku menumpang teduh 'harta' aku untuk berada di sana buat sekejap cuma.

Perjalanan dari Seremban ke KLIA lebih kurang 1 jam. Menaiki teksi yang telah ditempah awal kerana rakan aku kenal dengan pemandu teksi tersebut. Dalam perjalanan, pakcik pemandu teksi tersebut bercerita pjg lebar dgn kwn aku tentang pelbagai irama dan nada kehidupan. Hanya aku saja yg membuka deria pendengaran dan baru menutup mulut tanpa berbicara pjg lebar. Bila ada ketika soalan yg menyapa, baru aku titipkan jawapannya. Itu pun sekiranya perlu. Jikalau tidak, cuma senyuman yg ku ukir menjadi tanda tanya mahupun balasan.

Sampai di KLIA, kami terus check-in di kaunter. Memandangkan jurang masa yg pjg, kami berlalu mendapatkan alas perut sementara menunggu untuk masuk ke balai berlepas. Tidak lama selepas itu, tiada apa yg menarik kecuali aku tiba di bumi bersejarah Langkawi yg telah sekian lama tidak aku kunjungi. Belasan tahun lamanya.... Perjalanannya lebih kurang sejam dari KLIA.

Kami diminta berkumpul kerana terdapat ramai lagi rakan sekursus dlm penerbangan yg sama. Di KLIA sementara menunggu penerbangan tadi, aku terserempak dengan bekas rakan sekelas semasa sama-sama menuntut peringkat ijazah dulu. Dia bakal melangsungkan perkahwinannya pada 8 Okt nanti. Kad undangan perkahwinannya pun baru saja aku perolehi di peti surat barang sebentar tadi. Belum bukak pun memandangkan aku tau bila dan dari siapa. Tiada byk perubahan yg nampak di mata kasar cuma dia makin kurus. Mungkin persiapan untuk bergelar raja sehari nanti. Sangat menonjol perubahan itu.. Alhamdulillah. Sorang lagi menyusul meninggalkan kehidupan bujang mereka terus melangkah membina kehidupan yg lebih sempurna bersama jodoh yg telah tersurat. Moga kekal bahagia hendak-Nya. Amin..


Wajah riang ketika baru mendarat di Langkawi.. Teruja!!


Setelah berkumpul, kami dibawa ke tempat penginapan menaiki bas persiaran yg telah disewa khas. Dlm perjalanan, pemandu pelancong terus menyajikan kami dengan untaian kata-kata pengenalan diri mengenai Langkawi. Katanya Langkawi pulaunya lebih besar dari Pulau Pinang tetapi lebih kecil dari Singapura. Mempunyai lebih kurang 75 000 penduduk yg majoritinya iaitu 95% adalah masyarakat Melayu.

Terdapat lebih kurang 104 buah pulau namun cuma 99 buah pulau yg timbul semasa air pasang. Pun begitu cuma 2 buah pulau yg didiami manusia iaitu pulau induk dan Pulau Tikus (kalau x salah). Pulau-pulau lain sepi tiada berpenghuni. Itulah antara saripati pengenalan mengenai Langkawi yg sempat masuk dlm kotak ingatan aku. Yg lain, semuanya lebur. Mungkin auto delete.

Inilah dia bas persiaran yg membawa delegasi kami


Kwn aku dan aku dlm bas semas perjalanan ke tempat penginapan

Tak sempat kami merasa desiran ombak dan hembusan bayu Pantai Chenang.




Wednesday, October 29, 2008

Stres..

Nie la hari pertama aku masuk ofis kembali setelah cuti. Isnin cuti umum dan selasa off day lepas on call malam. Sepatutnya ada sesi orientasi bagi budak2 housemanship tp terpaksa dibatalkan atas sebab2 tertentu. Keje berlambak2 la. Mana taknya.. Sana sini ubat xde. Dah la staf kanan aku cuti deepavali sorg. Sorg lagi (si A) plak cuti tanpa rekod sbb ada hal. Masalahnya ambil cuti tanpa rekod x bgtau aku plak tu.. Tu yg 'angin' jer. Paling x pun, bgtau la kan. Senang nak rancang keje.

Disebabkan itu, bermula segala masalah. Dekat tempat aku byk ubat2 x cukup. Sbb si A x selesaikan keje2 dia sebelum meninggalkan ofis buat sekian waktu. Waktu yg berlalu buat kepala aku pening, hati x tenteram dan bengang. Geram!!

Nasib baik masalah di wad xde. Semua preskripsi yg diterima x byk masalah. Alhamdulillah.. Allah tu Maha Mengetahui. Lega skit fasal bab tu. Aku rasa waktu berputar sangat lambat. Mcm kura2. Adoi.. Mata asyik dok tengok jam jer.

Kuar makan tengah hari pun lambat. Sbb ada byk keje. Tp yg best aku kuar makan ngn rakan2 pejabat dan ditemani 2 org yg dtg buat attachement di tempat aku. Byk citer2 yg dpt dikongsi baik dari segi keje dan kehidupan. Sementelah mereka lebih senior dan lebih berpengalaman.. Lega sket hati yg membara dan bercelaru dengan masakan nasi campur yg enak dan menyelerakan.. Sedap!!

Monday, October 27, 2008

I.C.E

Maklumat berguna untuk dikongsi bersama. Mungkin ramai yang telah mengetahuinya...

(Perhatian: 95 peratus telefon bimbit, mempunyai ciri ini)

1.Perhatikan betul-betul pada papan kekunci telefon bimbit anda.

2. Tumpukan perhatian pada nombor 5

3. Perhatikan betul-betul - bergantung pada model telefon, anda akan melihat garisan halus timbul di kiri kanan nombor 5 itu.

4. Ada juga yang merupakan satu titik kecil, atau permukaan yang berlekuk

5. Yang pasti, jika ada menyentuh dengan jari, anda akan dapat merasakan, papan kekunci nombor 5, berbeza dengan papan kekunci nombor-nombor lain.

Tahukah anda, mengapa hanya nombor 5 , papan kekuncinya begitu.

Ia sebenarnya direka khas untuk memudahkan anda menekan nombor 5 diwaktu kecemasan atau ketika telefon bimbit di dalam kocek, di dalam beg tangan tanpa perlu mengeluarkannya , hanya dengan sentuhan pada papan kekunci nombor 5 yang telah bertanda itu.

Jadi, bagaimana ia berfungsi?

Amat mudah.

Anda hanya perlu set kan nombor 5 sebagai 'fast dail', 'quick dail', 'dail cepat' atau apa saja panggilannya akan apa-apa nombor di dalam memori telefon bimbit anda.

Letakkan nombor yang anda gunakan sebagai nombor diwaktu kecemasan seperti ahli keluarga, rakan, balai polis atau apa saja.

Jadi, semasa kecemasan, dengan pantas, anda raba telefon bimbit anda tanpa melihatnya seperti di dalam kocek, setelah dapat merasakan ia adalah nombor 5, lakukan tekanan lama, dan nombor yang telah anda setkan, akan terus di dial oleh telefon bimbit anda.

Namakan nombor kecemasan itu sebagai ICE

I N C A S E of E M E R G E N C Y

Thursday, October 23, 2008

Gambar Semasa Kursus di PD

Nie gambar dari balkoni gak. Damai sgt sekali skala dpt tgk desiran ombak mcm nie..


Gambar nie dari bilik hotel. Diambil masa waktu nak senja masa rehat2 lepas balik swimming (pandai ke swimming?).


Nie gambar hari terakhir. Dah nak balik dah...