Wednesday, September 2, 2009

Nostalgia Bulan Puasa

Bila menyebut tentang kisah menarik di bulan puasa, mesti setiap seorang drpd kita ada menyimpan kisah menarik dlm lipatan hidup masing-masing. Sama ada kisah lucu, kisah sedih mahupun kisah gembira yg pasti kita takkan dpt lupakan.

Bagi aku sendiri aku belajar berpuasa sejak sekolah rendah dlm umur kira 8-9 tahun. Tp aku sgt kagum dgn seorg kwn sekelas aku yg namanya Khobiz yg berpuasa penuh sejak umur 7 thn. Dah la stp hari dia dtg dan balik sekolah dgn berjalan kaki!!! Dari situ memberikan aku inspirasi dan semangat utk sama2 turut berpuasa.

Semasa sek ren yg plg aku ingat aku x lah ada curi2 mkn. Cuma aku akan bebal dan marah2 bila sampai di rumah. Kita kan balik dalam pukul 12.45 tgh hari di waktu tengah panas terik. Dah la berpuasa kan... Yg menambahkan panas aku lg bila masuk darjah 3 aku mula kena bawak adik aku naik basikal sama2. Dia membonceng kat belakang. Aku mengayuh di depan dgn beg yg sarat dgn buku2 teks yg tebal2. Lg la buat aku bengang. Mesti tgh jalan aku tak abes- membebel adik aku sbb dia elok ja membonceng kat belakang dan aku penat2 mengayuh basikal. Masa tu ayah aku tak mampu lg nak beli lg 1 basikal utk adik aku. Jadi kami terpaksa kongsi2.

Perkara yg menarik lg kalau waktu puasa2 ni, permainan batu selambut/batu seremban amat menjadi terkenal. Waktu rehat semua berkumpul dan main batu selambut beramai2. Di mana2 shj org main batu selambut. Tak kira lelaki dan perempuan. Sgt menyeronokkan... Begitu juga kalo waktu sek ptg (sek agama ptg), wlwpun rehat cuma 15 minit, kami tetap nak main batu selambut jugak!!!!

Balik rumah sementara menunggu waktu berbuka pun masih sempat berkunjung ke rumah kwn main batu selambut di pangkin, koridor rumah dan sebagainya. Bila ptg redup mak ayah pulak panggil utk menolong hantarkan kuih muih kepada jiran tetangga. Bertukar-tukar juadah... Perkara yg jarang dan sudah pupus skrg kecuali di kampung2.

Sewaktu di zaman UiTM S. Alam aku dan kwn2 jrg berbuka di bilik. Kami selalu berbuka di surau2 atau masjid2 sekitar S.Alam. Apatah lg di S. Alam semua surau2 semuanya hidup dgn amalan berbuka, berterawih dan bermoreh. Pergilah mana2 surau di mana2 seksyen di S. Alam ni, pasti ramai org berbuka bersama2 di masjid sehinggalah bermoreh. Sgt seronok bila beramai2 mcm tu. Aku lebih gemar berbuka di surau2 kecil berbanding kwn2 aku yg gemar mengunjungi Masjid Shah Alam yg lg ramai tetamunya. Sekiranya ada org yg bermusafir, di masjid inilah tempat yg perlu dituju. Semuanya sudah ada tersedia utk anda.

Bukan shj utk mkn percuma kan (biasa la zaman jd pelajar), tp yg lebih seronok ialah kita dpt berbuka ramai2. Kemudian kita ramai2 tergesa2 plak mengejar solat jemaah Maghrib. Cepat2kan berbuka dgn ala kadar sahaja kemudian sambung usai solat Maghrib. Dan yg gembira juga tiap2 hari dpt rasa bubur lambuk yg surau2 buat. Sedap!!!!

Alahai seronoknya zaman itu. Tak mungkin akan berulang kembali... Skrg berbuka kat rumah sorg diri jer. Takpun berbuka di tempat kerja. Kdg2 kalo sempat berbuka kat masjid tp dgn pakcik2 yg baik hati. Tp takkan sama dgn zaman dulu yg seronoknya dan meriahnya buat hati aku tak sabar tibanya Ramadhan...