Wednesday, January 21, 2009

Iluminasi Muzik - AJL 23

Lama x update blog nie. Aku bercuti seminggu minggu lepas balik kg. Dah lama aku x balik kg. Jadi dptlah melepaskan rindu di kg halaman selama seminggu lamanya dgn aktivit-aktivit yg padat. Rasa mcm seminggu tu lama jer tp x sempat buat apa2 pun. Ziarah adik-beradik n kawan2 jer dah abes seminggu.. Tp mmg enjoy abes la dpt cuti rehat agak lama mcm tu. X penah cuti rehat sebegitu lama...

Dlm bercuti tu tiba2 dpt panggilan dari Hafiz @ Locco (fit3 tolong btolkan ejaan, bukan Afiz ok). Dia bgtau dpt 4 keping tiket ke AJL. Mula2 mmg ingat tiket VIP dan Locco pun mmg x bgtau tiket jenis apa. So aku pun bgtau Kamal n Fit3 (sahabat baik aku) yg aku akan balik Seremban awal sehari. Plan sebelum ni nak balik Ahad pagi. Tp sbb nak pg tgk AJL jadi terpaksa balik awal sket sbb nak rehat n sebagainya.. Kamal agak 50-50, x pasti lagi sbb esoknya Isnin perlu keja. Fit3 terus teruja n terus bgtau confirm nak ikut. Aku mula2 agak teruja, tp bila mengenangkan esoknya kena kerja, aku mcm risau. Takut x dpt balik gak mlm tu sbb aku mmg ngantuk kalo dah pukul 12. Mmg x mampu nak drive balik la. Kalo aku x balik mlm tu gak ke Seremban, agak pasti aku xkan keje Isnin tu. Tu yg aku x nak. Tp sbb dah bgtau Locco nak pg, n fit3 pun beria2 nak pg, so aku pun terkena tempias la.

Sabtu ptg aku bertolak ke Std Putra Bukit Jalil dgn Locco dari Selayang, umah Locco. Masing2 dgn kereta masing2. DLm pukul 6.30 ptg kami dah sampai. Parking kete masih byk kosong. Kami sadaikan kete di situ, byr RM 2 utk parking dan terus survey tempat. Mak aiii.... ramainya org dgn gaya n fesyen masing2. Aku mula dah rasa malas nak pg sbb x berapa suke suasana penuh sesak n ramai org mcm tu. Rasa mcm nak balik jer tp sbb dah janji n dah sampai pun kan, so aku tunggu je la. Kami jalan2 kat luar stadium, waktu tu HotFm tgh buat rakaman luar live. Nmpkla deejay, Tini n Suraya. 1st time nmpk muka Suraya. Slalu dgr suara je kat radio tp x penah tgk muka dia.

Fit3 n Kamal blom sampai2 lagik. AKu dah resah gelisah sbb org makin ramai dan dorg x sampai2 lagik. Risau takut penuh nanti n x dpt tempat strategik. Berkali-kali aku sms n call Kamal n Fit3 dok suruh dorg cepat sket.. Last2 aku n Locco cari surau dulu n mintak Fit3 n Kamal cari std n tunggu kami lepas solat Maghrib jap. Lepas solat tu bergegas la plak cari Kamal n Fit3. Agak lama la gak cari tp alhamdulillah kecanggihan teknologi ada, so senang la. Ada hset kan. Call la..

Lepas jumpa n edarkan tiket kami ke 'red carpet' di pintu masuk utama stadium. Inilah sebenarnya kesilapan kami yg membawa kepada xdpt seat yg betul-betul strategik. Sbb bila kat 'red carpet' tu masing2 dah hanyut tgk vip2 masuk n x ingat pasal nanti pasal dpt seat teruk ke apa ke kan. Dah la tu masing2 x bersyukur dpt tiket aras 3. Masing2 dok makan hati x dpt tiket vip. Dok tengok je org masuk ngn bawa tiket vip yg keras n lawa tu. Manusia mmg slalu x bersyukur kan? Apa la nak jadik kan...

S bila tiba2 tersedar baru terus meraban carik pintu masuk ke aras 3. Kalut dibuatnya. Dah jadik merentas desa. Nasib baik x terpecah belah lagik. Masing2 dah berpeluh2..... dan akhirnya jumpa pintu masuk n terus berasak2 masuk. Kami masuk btol2 kat depan tepi stage. View mmg dekat n sgt2 stategik. Masing2 dah teruja x ingat. Hati berbunga2... Rupa2nya seat area situ dah penuh. Terpaksa la carik tempat lain. Tu la, x bersyukur sgt2. Dpt free tiket pun masih membebel x dpt tiket vip lagik. Rasakan...

Last2 bila masing2 dah duduk n tunggu acara nak mula. Baru kami bersyukur dlm hati bila mendongak ke atas, aras 4. Lagi tinggi n jauh sgt2 dari pentas utama. Alamatnya tgk skrin je la.. Baru terbit rasa syukur di hati masing2.

Dlm menunggu acara nak mula, masih ramai lagi yg baru masuk tercari2 seat dorg. Lagi bertambah2 syukur la masa tu. Sementara menunggu, krew AJL muncul bagi briefing n tepat kul 9, acara gilang-gemilang bermula...

Seperti kita maklum, opening AJL 23 adalah Stomping Dance. Aku suka opening nie. Mantap n happening cuma vokal One Nation Emcees x brape kedengaran. Pertengahan tu baru dpt tau lirik dorg memasukkan nama2 lagu yg bertanding. Pengacara2 muncul dan acara muncul penuh merih n gilang gemilang.

Secara keseluruhannya, aku rasa semua peserta dah bagi persembahan yg terbaik. Tp Persembahan Terbaik mlm tu secara peribadinya, mmg dah boleh agak. Faizal Tahir mmg menyeramkan bulu roma audiens malam tu. Persembahannya melalui Sampai Syurga mmg ada aura n beri kesan. Terkesima masing2. Mmg riuh rendah sgt2 kat std tu selepas Faizal habis persembahan. Ada yg berdiri, tepukan mmg gemuruh sgt2... Menjerit2 audiens sbb terpukau dgn persembahan Faizal mlm tu. Dia mmg sgt2 layak utk ditabalkan sbg pemenang Persembahan Terbaik. Saingannya mungkin Stacy, penuh stamina.

Actually, aku x berapa suke Faizal Tahir nie. X suka attitude n sikap dia. Mcm best!!! Buhsan aku tp x dpt menafikan bakat yg ada dlm dia. Sgt berbakat dan kreatif. Aku rasa ramai yg berpendirian n berpandangan mcm aku. X suka Faizal Tahir tp tau yg dia mmg boleh menang mlm tu. Heheehehehe...

Lepas pengumuman dibuat dan penyampaian hadih kami terus blah. Keputusan tepat kali nie sbb masa tu ramai masih stay. So, x jam. Kalo kuar lepas abes acara, sure la jam masa nak kuar nanti. Kami kuar n masing2 tergopoh gapah nak balik. Locco plg kelam kabut sbb nak siapkan slide presentation dia sbb esok ada presentation. Kamal n Wan terus balik ke Bdr Tasik Selatan ke umah Wan. Kesian Kamal penat drive dari Alor Setar terus ke Bukit Jalil. Fit3 ambil beg dlm kete Kamal n ikut aku balik ke Seremban. Masing2 balik cepat pdhal perut lapar. Tp sbb esok sume keje, dah x ingat dah pasal lapar. Nasib baik Fit3 ikut aku balik ke Seremban, so dia leh borak2 ngn aku masa drive. SO x la aku rasa ngantuk wlwpun dok menguap-nguap berulang kali tp mata tetap maintain.. Terima kasih Fit3. Sampai di Seremban, kami makan n sampai umah dlm kul 2, aku terus tido. Alhamdulillah esok dpt bangun seperti biasa, siap2 n htr Fit3 ke stesen komuter sbb dia nak ke KL n aku terus masuk keje. Alhamdulillah, x lewat pun... Jumpa lagi yer. AJL 23, jadi kenangan!!!

No comments: