Tuesday, March 10, 2009

Taman Negara (Episod 2)

Keesokan harinya kami bertolak ke Tmn Negara. Tp sblm tu singgah isi perut ngn nasi lemak yg sedap sblm melangkah ke Tmn Negara Endau-Rompin, Pahang. Aku tgk hari tu yg plg excited skali bukan aku, tp Wan. Dgn segala persiapan, cap, baju n persalinan semua lengkap. Aku cuma bwk kain utk tukar nak solat jer. Kamal pun boleh tahan bwk brg 1 beg. Huhuhuhuhu

Lepas mkn nasi lemak yg lazat tu, kami bertolak. Mak ai..... Jauh ok!!!!! Dah la jalan sgt2 azab. Sempit n bengkang bengkok. Aku dah mula pening2 lalat. Jalan dia sgt mencabar la. Melalui bukit2, curam, kawasan ldg kelapa sawit dan jalan agak sempit. Kalo berselisih ngn kerata lain di sebelh, haru biru n cemas gak tu.

Hampir sejam gak baru sampai. Lepas parking keta, kami bergegas cari bot nak seberang ke sebelah sana. Pastu terus daftar n byr apa yg patut. Kami mulakan dgn ke Titi Gantung. Nak ke sana kena melalui kawasan hutan. Dlm 45min mcm tu boleh sampai ke sana. Jln dlm hutan tu ok jer. Cuma penat sbb masing2 kurang stamina.

Dlm perjalanan aku tgk Wan dah x stabil. Adrenalin dia x sekuat masa baru nak bertolak tadi. So aku n Kamal amek langkah utk berehat2 sekejap sblm teruskan. Terpaksa la perjalanan tu ditukar ke konsep santai. Huhuhuhu...

Tapi keadaan jalan baik. Kering dan x becak. Xde masalah. Cuma titi yg dibina tu cuma drpd pastik yg x kukuh. Agak bahaya kalo org yg bdn bersaiz besar lalu, mungkin akan kebarangkalian utk patah dan membahayakan.. Nape la x nak pakai besi atau kayu jer. Bahaya tau...

Dlm perjalanan tu borak2 la sbb x nak la bosan kan. Byk kelakar sbb ada byk pokok2 yg kelakar. Pecah perut kami gelak2. Pastu tidak ketinggalan sesi bergambar. Masing2 x lepaskan peluang nak amek gambar. Bertukar2 gaya utk diabadikan. Hehehehe. X nak kalah plak tu.

Sampai sana kami rehat jap dgn sesi bergambar lagi sebelum naik ke Titi Gantung. Ada 1 kumpulan lagi sampai sama dgn kami. Kumpulan tu ada 3 org pompuan dan 1 laki. Biasala kalo pompuan naik Titi Gantung tu, mcm2 perangai. Takut la, gementar la, gayat la. So utk x terus menonton aksi2 tu, kami pintas kumpulan tu kat 2nd station kat atas.

Makin lama makin tinggi titi tu. Pemandangan lawa. Aku rasa titi ni dipanjangkan lagi sbb makin pjg n makin tinggi. Sebelum ni aku dtg x lah setinggi n sepanjang skrg nie. Buatan dia pun mcm makin kukuh. Best sgt kat atas tu. Biasala dpt amek byk gambar. Pastu Kamal plak ok jer disuruh amek gambar. Kalo x lawa gambar tu, suh delete n ambil lagik. Sampai lawa. Maklumla muka aku x fotogenik. X mcm Fit3. Kan Fit3.... Huhuhuhuhuhu

Yg best tgk Wan la. Muka penat giler dah. Tp kalo time amek gambar, bleh plak ceria n senyum2 manja. Hahahahaha... Lepas tu kami terus balik ke area resort td. Kami nak ke tempat mandi2 tu. Tp perut lapar plak. Jd Kamal menjadi mangsa utk seberang sungai tu skali lg ngn bot n belikan air n roti. Kami cuma tunggu kat situ. Sebenarnya ad kedai area situ cuma kami x perasan. Lepas lapik perut sket, kami gerak berjalan ke tempat mandi tu. Lupa la nama dia. Tu sbb aku x sebut dari td. Lupa...

Kami bergerak lepas Kamal solat Zohor. Aku dan Wan amek keputusan utk jamak. Lgpun aku tinggalkan kain solat dlm keta. Kami jalan ke sana sekejap jer la dlm 15-20 min mcm tu. Aku x mandi sbb x bwk baju salin. Cuma Kamal n Wan yg beria2 mandi. Tension aku tgk. Aku cuma dpt jawatan jaga beg n brg2 jer ok!!! Dan paling geram, kena amek gambar dorg yg tgh bersuka ria mandi. Tp yg x best masa tu musim panas n kering. Hujan x turun. Jd air surut jer dan x jernih sgt. Kalo br lepas ujan lagi seronok...

Selesai mandi, kami gerak balik sbb dah ptg. Lgpun perut mmg lapar giler. Mula2 plan nak masak2. Kalo ikut original plan la. Tp sbb tukang masak dah penat giler, jadi plan tu ditukar. Cuma kuar mkn2 kat luar. Mkn KFC jer. Huhuhuhu. Mlm tu sume terbongkang keletihan sbb nak bgn awal. Esok pagi2 sebelum Subuh kena gerak sbb Kamal plak ada hal kena ke KL awal2 pagi. Bz kan Kamal?? Itulah perjalanan ke Tmn Negara

Sebenarnya tak la best sgt kat Tmn Negara nie. Biasa2 jer. Tp best sbb dpt kumpul kwn2 sama. Gelak2, gurau, mkn2, masak2 sama. Tu yg buat jadi menarik. Kan susah bila dah masing2 ada kerjaya masing2. Mana la ada masa byk nak luangkan mcm nie. Cuma kalo ada Fit3, mungkin korum akan penuh. Baru mantap dah sempurna group ex-collegian 98 nie. Huhuhuhuhu... Aku plg lama kenal ngn Fit3, sejak darjah 4. Semasa umo 10 tahun. Maksudnya kami dah kawan 18 tahun. Umo kita 28 ke Fit3?? Aku x salah kira kan wlwpun aku x terer Matematik. Cuma terer sket la dari hang kan? Huhuhuhu... Kenal Fit3 kat sek rendah sbb dia baru bertukar ke sek tu masa masuk darjah 3.

Kenal Kamal sejak ting 1. Dia 1 kelas ngn aku. Tp jd rapat sket masa ting 2. Sbb aku dok blkg dia. 2nd row dari depan. Ingat lagi kami terbuang dok kelas bdk2 nakal. Azabbbbbb sgt. Kenal Wan pun kat sekolah men. Tp x rapat. Cuma kenal muka mcm2 tu jer la. Jd rapat pun sbb kenal drpd Kamal. Tu pun dlm setahun dua mcm tu jer la. Kamal ngn Wan kenal sejak sek men tp xpasti sejak ting berapa.

Tu la, kwn2 penting dlm hidup kita. Kongsi masalah, kongsi kegembiraan. Suka sama2, susah sama2. Alhamdulilah kwn2 aku suma baik2. MeMaHaMi.. Kan?? Kan?? Syukur dpt kwn baik2 mcm nie. Susah tau nak jumpa...Ada sorg lagi kwn baik aku. Kenal kat UiTM tahun 2000 aku kenal dia. Agak rapat. Nama dia Hizal @ Ejal. Dari Ejal aku kenal Nizar yg x kurang rapat jugak, serta Ash. Mungkin nanti aku leh buat episod psl kwn2 aku kan?

Okla selesai cerita Tmn Negara. Saksikan la gambar2 yg diambil nie utk tatapan korang. Huhuhuhu. Fit3, jgn jeles tau. Aku tau kat Dubai xdak hutan hijau mcm nie... Cuma aku pelik skrg gambar dlm blog aku nie x boleh nak tagging la. Nak explain2 kat situ x dpt la. Tension tul... ('',)






















No comments: