Seperti semua sedia maklum, seantero Malaysia dikejutkan dengan berita hangat beberapa minggu lepas mengenai tajuk di atas, Doktor Curi Tulang. Cukup panas dan sensasi. Aduan itu dibuat sendiri oleh Timb Menteri Wilayah Persekutuan apabila beliau berkunjung ke HKL utk melawat seorang pelajar yang dilanggar oleh pemandu beliau.
Tetapi betulkah berita tersebut? Percaya ke? Atau itu permainan media yang sengaja menggembar-gemburkan? Atau pun tuduhan membuta tuli yang dibuat tanpa penyiasatan lanjut... Mungkin ramai yang bersetuju memandangkan kebanyakan kita pernah menerima perkhidmatan dari hospital kerajaan. Berdasarkan pengamatan dan pengalaman tersebut, ramai yang menganggukkan kepala.
Mungkin tulisan aku kali ini agak berbeza dari paparan yang lepas yang hanya memaparkan kehidupan dan aktiviti peribadi empunya diri. Tapi kali ini aku bawakan sedikit kelainan, terpanggil untuk membela golongan yang diperkatakan. Sedikit tercubit dengan berita muka depan itu, aku terasa beremosi kadang-kadang. Kerana banyak pihak yang senang-senang memaki hamun dan memburukkan kerjaya mulia kami di perkhidmatan awam khususnya di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau sinonimnya di hospital-hospital kerajaan.
Mungkin kita semua maklum, hasil penyiasata terperinci mendapati 2 orang doktor tersebut sebenarnya baru habis on call (post call) mereka. Dan pada tersebut merupakan waktu rehat mereka. Salahkah mereka membaca akhbar pada waktu rehat mereka?? Dan juga didapati 22 orang yang menunggu di luar untuk menerima rawatan sebenarnya hanya 8 orang. Yang lelain merupakan saudara mara pesakit sahaja. 22 orang tu hanyalah angka propa sahaja!!!
Kemungkinan ramai yang tidak familiar dengan masa kerja di hospital-hospital kerajaan. Kami tidak bekerja dalam waktu yang tetap 8 pagi - 1 tgh hari, rehat sejam sampai pukul 2 petang dan sambung kerja sampai pukul 5 petang. Tidak semuanya begitu. Kalau di kalangan jururawat, mereka bekerja mengikut shift. Ada yang masuk pukul 2.30 petang, ada yang masuk pukul 7.30 pagi.
Ada di kalangan anggota lain seperti farmasi contonhya perlu bekerja pada waktu rehat antara 1 tgh hari - 2 petang dan akan berehat pukul 2 petang - 3 petang sebelum masuk kerja kembali. Jadi pihak luar yang tidak maklum akan perkara ini, akan nampak keburukan sekiranya ada staff yang keluar berehat/makan yang waktu berlainan yang mereka rasakan janggal lalu ditafsirkan sebagai curi tulang.
Tidak dinafikan memang sangat wujud manusia-manusia yang curi tulang, kerja sambil lewa dan main-main. Tapi selalunya melibatkan pekerja sokongan atau lebih tepat pekerja bawahan. Dan bukan pekerja dari golongan profesional, walaupuan ada tetapi selalunya kes-kes terpencil sahaja.
Kerja sebagai seorang doktor sebenarnya amatlah berat dan menagih pengorbanan yang amat besar. Bayangkan seorang Doktor Pelatih, terpaksa bekerja lebih daripada 24 jam sebelum berehat. Sebagai contoh, masuk kerja sepatutnya atas kertas adalah 8 pagi. Tapi mereka terpaksa masuk awal seawal 6.30 pagi atau 7 pagi untuk meneliti kes sebelum round ward bersama pakar. Dan kemudian pulang 6 petang atau 8 malam atau mungkin lewat lagi, bukan seawal 5 petang!! Sekiranya hari itu adalah hari on call, mereka terpaksa terus bekerja sehingga malam dan keesoakan paginya sehingga 1 tengah hari sebelum balik berehat dan masuk bekerja semula pada esok pagi seawal 7 pagi. Bayangkan masa kerja yang begitu panjang. Dan semasa bekerja on call selepas waktu pejabat iaitu bermula 5 petang sehingga 8 pagi, kes-kes kecemasa terlalu banyak. Kes-kes seperti serangan jantung, kemalangan dan sebagainya sehinggalah kes-kes demam biasa. Dan untuk on call yang selang sehari itu, mereka cuma mendapat bayaran RM 100-200 sahaja sebulan!!!! Bayangkan... Berbaloi ke??
Jadi janganlah kita membuta tuli menghukum tanpa membuat perhitungan sewajarnya.. Memang sebenarnya ini adalah kerja hakiki meraka dan perlu dibuat sehabis baik. Tak dinafikan memang ada doktor-doktor yang memeriksa pesakit ala kadar tetapi ini cuma sebilangan kecil sahaja. Janganlah kerana kuantiti yang cukup kecil ini, seluruh perkhidmatan dilabelkan buruk.
Jumlah pesakit yang datang ke hospital terlalu ramai untuk ditangani. Dan disebabkan kekurangan kakitangan, servis yang baik kadang-kadang tidak dapat diberikan. Seperti di farmasi sendiri, kami menerima kira-kira 1000 orang pesakit sehari. Bayangkan... Dan bila melibatkan manusia, sudah pasti terpaksa melayan karenah yang bermacam-macam.
Kalau kalangan doktor yang mendapat imbuhan on call sebanyak RM 100-200 sebulan, ada juga kakitangan yang tidak mendapat imbuhan/bayaran hasil kerja lebih masa on call seperti Pegawai Farmasi dan sebagainya. Cuma mendapat cuti gantian bagi setiap jam bekerja. (Elaun on call doktor baru dinaikkan daripada RM 25 sebulan ke RM 100-200).
Renung-renungkanlah....
MIGRAINE SEBELUM HAID
2 days ago
No comments:
Post a Comment