"Mohd Ardif..... Mohd Ardif kena ingat. Hidup kena betul. Supaya hidup jadi berkat. Ingat yer Mohd Ardif, KAP-BA-RHO-KAP-ALIF-TA-NUN (ejaan keBERKATan dlm bahasa jawi)".
Mungkin ramai antara kita yg familiar dengan dialog tersebut. Sedutan skrip ibu Mohd Ardif lakonan Khatijah Tan kepada anaknya Mohd Ardif lakonan Pierre Andre dalam siri Dunia Baru yg dahulunya muncul di kaca tv3 setiap Isnin pukul 9 mlm. Hehehehe
Kenapa hidup kita perlu BERKAT?? Dan bagaimana mahu hidup kita diBERKATi?? Idea untuk mencoret tajuk ini muncul ketika aku leka membaca jurnal perubatan di internet dan pada masa yg sama tv terpasang satu rancangan berkaitan pengalaman haji di astro oasis suatu lewat mlm. Sekali sekala memandang layar kaca tv itu menjernihkan satu idea berkaitan BERKAT ini. Mungkin kita boleh berkongsi bersama.
Ramai orang menafsir apa erti BERKAT dan berpegang pada terjemahan dan istilah itu dibenak masing-masing. Ada org kata sekiranya mahu duit gaji kita jadi BERKAT, bila mula-mula terima gaji pertama, benda pertama kena buat ialah bagi sedikit hasil gaji tersebut utk mak ayah kita. Supaya kemudian hari gaji kita jadi BERKAT. Kata orang... Itu juga nasihat yg aku dengar dari seorang kerani kewangan tempat aku kerja yg aku dah anggap macam abang aku sendiri.
Semasa zaman jadi mahasiswa dulu aku pernah dengar seorang yang kuat beragama berkata dalam satu majlis agama di kampus bahawa BERKAT ini sebenarnya bila sikit ia cukup, kalau banyak ia tak membazir.
Bila benda yg sedikit kita ada seperti duit contohnya, ia akan jadi cukup wlwpun kita rasa mcm tak cukup. Tapi bila ada yg berlebihan, duit itu tak akan jadi membazir yg bukan-bukan. Dahsyat kan??
Tambahan ceritanya kalau kita mahu harta kita jadi BERKAT, kena taat perintah Allah. Buat kebaikan yg diperintahkan dan tinggalkan segala laranganNYa. Dengan itu keBERKATan akan terbuka luas utk hambaNa. Bukan harta jadi BERKAT, malahan masa dan tenaga kita pun turut menjadi BERKAT. Bagaimana tu yer? Terangnya bila tenaga dan masa kita jadi BERKAT, maknanya masa dan tenaga kita tidak dibazirkan dan digunakan pada perkara yg sia-sia. Tinggi kan makam itu. Tak mampu utk hamba hina seperti aku utk mencapainya... Tp moga Allah ampunkan kita.
Jadi apa kaitannya antara rancangan berkaitan haji yg aku sebutkan di awal tadi?? Kaitannya ialah bagaimana BERKATnya titik peluh orang-orang tua dulu yg gaji ciput, kerja cuma di kampung-kampung, anak yg ramai, hidup cukup-cukup makan tapi dengan hasil yg begitu terhad dan cukup-cukup itu jer, meraka mampu utk menunaikan haji yg mahal perbelanjaannya. Betapa BERKATnya harta mereka bukan?? Bukan itu sahaja, malah mereka mampu utk memberi persekolah pd anak-anak mereka, mkn pakai yg cukup. Kalau dikira logik, nampak mcm mustahil. Anda setuju dengan saya?? Tapi itulah BERKATnya hidup mereka.
Bukan itu sahaja, malah dlm kerja kita kena amanah. Masuk dan balik pd waktu sepatutnya, tidak menipu dan curi tulang, jujur dalam tugas dan sebagainya. Ingat... apa yg kita makan hasil dari duit gaji kita akan menjadi darah daging kita. Dan sekiranya hasil titik peluh kita datang dari sumber yg tidak elok, was-was dan syubahat maka dibimbangi akan menyebabkan perkara-perkara tidak elok dlm diri kita. Sebagai contoh kita menjadi malas utk solat, melakukan maksiat dan sebagainya. Menjadi salah salah satu faktor penyumbang. Kadang-kadang ada sesetengah anak-anak kita jadi macam-macam perangai yg tidak elok walhal didikannya betul, mungkin ini juga menjadi faktor yg mempengaruhi.
Bukan sahaja kerana kita melakukakan kerja yg tidak halal dan haram seperti menipu, merompak dan sebagainya, tetapi kalau kerja yg halal pun tp tidak dilakukan dengan ikhlas, amanah dan jujur, curi tulang dan sebagainya sebagai contoh, maka akhirnya hasil tersebut pun akan menjadi haram. Jadi kita kena lakukan kerja kita dengan landasan yg betul. Jangan ingat kita terlepas dari hukuman dan peraturan dunia, maka ia bernoktah di situ sahaja. Tapi kita kena fikir, ke mana duit yg kita dapat kita belanjakan dan gunakan. Pada diri kita sendiri juga, ahli-ahli keluarga, anak-anak dan sebagainya.
Jadi BERKAT tak harta kita? Cukup tak? Asyik tak cukup jer kan? Macam aku ni. Anda pula bagaimana? Renung-renungkan....
MIGRAINE SEBELUM HAID
2 days ago
1 comment:
salam abang fariz
betul tu, duit gaji mesti bagi dekat parents. berkat dunia akhirat. lebih-lebih harta sikit bleh datang jalan-jalan UK, amacam? heheheh
Post a Comment