Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Ya Mubarak....

"Assalamu'alaikum my beloved brother & sister. My name is Sya'ban. Just to inform you that my neighbour MR Ramadhan is visiting you with his wife, Mrs Rezki & 2 children, Sahur & Iftaar. They will be accompanied by 3 grandchildren, Rahmat, Barakat & Maghfirah. But they will leave after 30 days by Eid Airlines. Please give your warmest hospitality to them & you will be blessed".

22 Ogos 2009, bermulalah puasa Ramadhan 1430H bg umat Islam di Malaysia. Sekali lagi kita diberi nafas dan umur yg panjang utk sekali lagi menikmati dan menghayati indahnya bulan Ramadhan. Yang dalamnya penuh keberkatan, pengampunan dan rahmat dari Yang Maha Esa.

Moga Ramadhan kali ini, kita diberi kekuatan untuk melakukan ibadah yang lebih dan diberi keinsafan dan keampunan dari Yang Maha Pengampunan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Pasti yang menggamit sendu hati kita ialah seronoknya bersolat terawih berjemaah di surau-surau dan masjid-masjid, bangun bersahur pada waktu dinihari, ketidaksabaran menunggu waktu berbuka puasa dengan hidangan yang lazat dan istimewa dan persiapan hari raya menyambut Syawal di penghujung Ramadhan.

Dan seperti tahun-tahun sebelum ini, pastinya perancangan untuk berbuka bersama kawan-kawan di beberapa tempat telah pun diatur.. Bukan apa, setahun sekali jer nak menikmati seronoknya berbuka puasa. Bukan selalu kan... Makan hari-hari biasa takkan sama dgn makan waktu berbuka!! Hakikat tu perlu diakui wlwpun kita mkn ngn org yg sama di tempat yang sama tp pd blan puasa ni. Tu la namanya nikmat bulan puasa...

Diucapkan Salam Ramadhan Ya Mubarak pd semua kalian. Dan selamat berbuka, berterawih dan bersahur yer....

No comments: