Saturday, May 29, 2010

Bagusnya Perangai...

Khamis lepas aku tolong member2 sekerja di kaunter Farmasi Pesakit Luar. Di sini tempat pesakit2 ambil ubat dorg. Sama ada pesakit baru atau refill ubat. Hari tu waktu lunch hour. Aku patutnya x kerja waktu tu tp sbb terlalu ramai sgt pesakit, so aku tolong la dorg. Lgpun kesian kat patient tunggu lama...

Tiba2 ada la sorg lelaki yg layak dipanggil "pakcik" dtg bawak no giliran ke kaunter. Dia tanya member aku nape no giliran dia blom dipanggil? Walhal nombor lain selepas dia dah dipanggil. Kawan aku check dlm sistem komputer nombor tu dah xder. Maksudnya mmg nombor tu sudah dipanggil. Jadi sama ada dia tidak perasan nombor dia dipanggil atau dia xdak kat situ masa nombor tu dipanggil!

Pastu kawan aku ckp, nombor dah dipanggil tadi. Dia menafikan. Sbb katanya dia ada kat depan tu. Mana panggil pun! Aku cuba membela kawan aku. Aku cakap, "encik, encik kena tgk nombor di papan tu. Nombor akan terpampang kat situ". Dia ckp, "saya tgk la. Xkan x tnegok kot. Xkan nak tengok muka ko kot" dalam nada marah. Aku diam je lah. Sbb tgk dia dah lain.. Lgpun aku x kuasa nak layan sbb pesakit masa tu ramai sgt2.

Kawan aku pun dispens ubat (proses pemberian ubat kpd pesakit termasuk info)kat "pakcik" tu. Ubat yg diberi adalah cukup utk 1 bulan. Jadi bulan depan dia kena dtg balik pd tarikh yg diberikan utk refill ubat. Pastu dia mintak utk stok penuh. Maksudnya utk 3 bulan sbb baki dia 3 bulan. Kwn aku ckp, " x dapat lah encik. Sbb stok x byk. Lgpun ubat encik ubat pakar." Mmg kalo ubat2 List A kami jarang bagi kpd pesakit bekalan lebih drpd 1 bulan sbb stok x cukup. Tambah plak tahun nie bajet kena potong lg oleh kerajaan. Jd kena jimat2. Dah la ubat sume mahal2.

"Pakcik" tu x puas hati. Dia cakap dia nak lebih drpd 1 bulan sbb xde masa nak dtg lg. Kwn aku ckp la boleh dtg waktu ujung minggu even public holiday pun boleh dtg sbb farmasi mmg bukak setiap hari cuma kalo hari cuti bukak sampai pukul 1 tghari jer. Pastu dia ckp, "x boleh bg la nie?" dalam nada yg tinggi n marah. Kawan aku ckp mintak maaf x boleh bagi.

Tiba2 kat depan mata kawan aku tu dia koyak preskripsi ubat (surat doktor) dan kad biru (kad utk ubat2 pakar) dan baling kat kawan aku. Masa dia baling tu aku nmpk. Dia siap x boleh x per. Nahhhhhhhhhhh. Pastud ia amek filem x ray dia n blah. Masa nak blah tu, dia ckp "tgk Hospital kat KL pun htr filem xray dr KL ke Seremban tau". Dlm hati aku ckp, mmg la sbb tu ko byr!! Mmg la dia kena bagi servis kat ko!!!!!! Dlm hati aku geram giler tp dah malas nak layan sbb pesakit masa tu penuh sampai penuh dlm sistem komputer. Masa menunggu pesakit pun naik sampai ada yg mcecah 45minit! Dalam Piagam Pelanggan kami, pesakit perlu dpt ubat dalam masa 20minit dan plg lewat dlm 30minit. Mmg x lari la kami nyer masa menunggu kecuali ubat dia ada masalah dan ada ubat yg perlu dibuat pd waktu tu jugak.

Lepas dia koyak aku amek preskripsi tu dan tgk. Patut la baju dia bergaya. 1 sut kemeja mcm YB. Tertulis nama dia Dato' Dr............ Oooo somebody la "pakcik" tu. patut la elok sungguh perangai dia. Tu la ragam n gelagat 1000 pesakit yg kami perlua layan setiap hari. Tu kira ok lagi. Ada yg siap baling lg ubat kat kami sbb nak ubat yg lg mahal (original). Dan selalunya yg wat perangai nie, org2 kaya berpangkat! Kalo dah kaya sgt pg la beli sendiri kan? Kata kaya n byk duit. Manusia manusia...

1 comment:

@rkipheet said...

org berpangkat perangai cenggini selalunya yg asal kampung pastu dapat title.. tak kira bangsa semua sama.. hari hari layan org cenggini.. sedih!