Friday, May 28, 2010

Pertemuan dan Perpisahan

Semalam sekumpulan pelatih dari MiCoST Ayer Keroh menamatkan latihan praktikal setelah 11 bulan berada di hospital. Sebagai preseptor kepada geng-geng nie, aku mmg rasa agak sedih jugak. Kalo tidak, muka-muka budak nie la yg aku dok kacau, buli n suruh buat keje tp bermula minggu depan dorang sume dah xder. Kena tunggu dorg punyer junior yg akan masuk mungkin dlm bulan Julai nanti.

Yg paling terasa adalah dr segi tenaga kerja. Sbb kalo ada budak2 nie dorg la yg byk tolong kami di tempat kerja sbb kami mmg kekurangan staf. Kalo pesakit ramai, mmg berasap gak la kalo dorg xder. Mmg setiap tahun kita menerima sekumpulan pelajar2 tahun akhir Diploma Farmasi yg menjalani praktikal di hospital sebelum mereka grad sbg latihan sebelum mereka mula bekerja. Pendedahan selama berbulan2 di hospital adalah sbg panduan kpd mereka bila br nak mula kerja nanti di luar sama ada di sektor swasta mahupun kerajaan.

Jd bila kehilangan mereka, mcm patah kaki jugak lah. Terpaksa mengerahkan tenaga kerja yg ada utk memenuhi tuntuan kerja. Terpaksa la...

Bila tengok dorg2 nie, aku teringat zaman2 aku dulu masa praktikal selama 11 bulan jugak di Hospital Alor Setar (skrg Hospital Sultanah Bahiyah). Masa tu tahun 2001-2002. Umo pun br 20-21 tahun. Pg keje naik motor dgn uniform biru. Hahahaha. Klakar sgt! Uniform tu masih ada lg kat kg dlm simpanan aku. Lawak sgt sbb uniform kami masa tu sama warna dgn "Sister" (Ketua Jururawat) di hospital. Jd ramai yg confused ngn kami. Ingatkan kami sume tu Sister di situ. Dah la muda2 jer lg.

Tp momen tu sume sgt seronok!! Sgt2 seronok.. X leh nak lupa. Sbg bdk2 praktikal biasa la. Kena buli, kena kerah tenaga. Tp best bila kita buat benda yg kita suke. Sampai skrg staff2 situ aku masih keep in touch. Aku pg lawat dorg kalo balik kg utk tanya khabar. Dan kebanyakan dorg masih ingat la aku penah praktikal di situ. Lgpun aku bermula dr diploma kemudian sambung ke degree. Jd benda tu sbg perkara yg mudah utk dorg ingat...

Kepada sume pelajar2, wish u all the best! Kalo ada rezeki smbung blaja jd Pharmacist! Keje lg mencabar dan interesting. Kalo yg dah nak keje, keje elok2 dgn penuh komitmen. Benda yg baik belajar selama di sini, bw balik n praktikkan. Mana yg x baik tu jgn la ikut ok! Keep in touch always. Dan pohon ampun maaf kalo ada salah silap dan kekurangan selama korg kat sini yer... Miss u all

No comments: