Saturday, November 22, 2008

Pengalaman Pertama di Hotel Istana

Sudah lama aku biarkan ruangan ini kosong tak terisi. Bukanlah niat di hati sengaja membiarkan coretan ini tiada bahan baru tapi disebabkan beban tugas yg amat menghadkan masa utk jari aku menari-nari menaip secebis dua coretan.

Minggu lepas buat pertama kali dalam hidup, aku menjadi emcee utk satu majlis perkahwinan di ibu kota. Sebetulnya, si pengantin perempuan ini merupakan tema sejawatan & sealiran kerja tapi dia bertugas di KL. Kami pernah terlibat dalam satu program National Pharmacy R&D Conference pada Julai lepas di mana aku menjadi dalam emcee program tersebut. Daripada situ mungkin dia terfikir untuk mengambil aku dan pasangan pengacara untuk mengacarakan majlis perkahwinannya. Tambahan pula, kami masih lagi amatur, jadi harga tidaklah terlalu mahal.

Sejujurnya, bukanlah perkara asing bagi aku menjadi pengacara majlis bagi majlis formal walaupun aku masih baru setahun jagung lagi. Baru dalam setahun dua aku bergelumang dan berjinak-jinak. Mungkin sebab minat dan aku mendapat respon yg baik, maka aku teruskan. Tapi, tidaklah majlis yg besar-besar. Paling besar pun, majlis melibatkan MB Negeri Sembilan dan Ketua Pengarah Kesihatan sahaja.

Tapi aku tak pernah lagi jadi emcee untuk sebarang majlis perkahwinan. Sekiranya majlis perkahwinan di rumah di mana aku terpaksa bertindak sebagai deejay, memang aku takkan setuju ambil risiko sebab aku memang tak pandai berceloteh. Tapi ,disebabkan majlis tersebut adalah majlis berprotokol dan ada skrip, maka aku setuju. Pada awalnya, aku agak teruja untuk terlibat sebab maklumlah pengalaman pertama. Tapi bila tiba pada hari raptai, aku rasa gelisah sangat. Tambah-tambah, bila sampai ke Hotel Istana tempat majlis akan berlangsung, dibawa bertemu dengan Event Manager dan duduk bersama-sama semasa briefing, hati kau jadi makin tak keruan. Aku kembali terfikir boleh ke aku buat? Majlis ni majlis besar. Aku buka skrip dan mengamatinya, hati aku agak tenang sedikit. Debaran jantung yg tadi agak laju kembali perlahan. Aku suka dan berpuas hati dengan skrip yg telah disediakan. Cuma aku makin risau sama ada aku boleh mencapai standar yg dikehendaki.

Selepas sesi briefing oleh Event Manager mengenai gambaran majlis, kami kembali ke lokasi majlis yg akan berlangsung pada sebelah malam. Aku dan pasangan pengacara aku lantas mengambil posisi masing-masing. Si perempuan namanya Hani. Dia sebenarnya merupakan pasangan pengacara aku semasa majlis National Pharmacy R&D Conference dulu. Dan aku rasa kami serasi untuk bekerjasama. Sebab itu aku setuju untuk terus bekerjasama dengan dia. Semasa di rostrum, Hani berbisik. "Farizh, macam mana intonasi untuk majlis mcm ni ek? Tak pernah la". Aku pun jawab, "Buat je lah macam mana pun. Kita cuba. Kalau tak betul, nanti Pak Karim (Event Manager) tu betulkan la kot".

Kami terus gelisah sepanjang raptai. Sebab terlalu tak keruan, aku banyak kali tersasul menyebut beberapa perkataan. Tapi aku tabahkan hati je lah sebab aku dah terima dan berani ambil risiko. Jadi aku perlu teruskan. Lagi pulak, aku tak boleh berpatah balik. Majlis bakal berlangsung pada malam ini. Kami pun cuma sempat utk buat sekali raptai penuh. Mungkin disebabkan persiapan yg rapi dan teratur. Semuanya telah dirancang dengan baik. Jadi tidaklah pening kepala bagi kami untuk mengawal majlis.

Selesai raptai, kami duduk berehat untuk makan tengah hari. Lega hati blia pasanagan pengantin tak habis-habis mengucapkan terima kasih kerana sudi jadi emcee bagi majlis mereka. Tambahan pulak sudi datang dari jauh untuk menghadiri sesi raptai. Lepas makan, kami kena duduk berbincang dan buat script reading yg sepatutnya dibuat sebelum briefing tadi. Tapi disebabkan aku dan Hani terkal-kial mencari tempat dan terpinga-pinga nak jumpa siapa maka terpaksa dilewatkan.

Di sinilah tempat di mana aku tambah tidak bersemangat. Aku makin jadi lemah, luluh dan putus asa. Pak Karim, memulakan sesi itu dengan pujian kepada Hani. Katanya, intonasi, phrasing dan tone suara Hani tiada masalah. Okay. Tapi... Pak Karim, mengkritik phrasing, tone suara dan intonasi aku. Katanya, phrasing dan intonasi aku lemah. Aku memang terima sebab aku budak baru belajar. Inilah pertama kali dalam hidup aku mengacarakan majlis perkahwinan. Tambah pulak majlis yg sebegini grand. Aku pasrah.. Tapi aku pujuk hati. Aku boleh buat. Dan aku mesti boleh. Tak putus-putus aku terus memujuk hati aku yg dah retak.

Dalam sesi tersebut, Pak Karim membetulkan di mana salah silap kami. Aku belajar bersunguh-sungguh supaya dapat buat yg terbaik seperti yg diharapkan. Aku bukanlah nak menunjukkan yg aku hebat dan terbaik. Bukan itu sebenarnya maksud aku. Yg lebih penting bagi aku ialah, pihak tuan rumah berpuas hati dengan kerja aku. Supaya majlis grand mereka itu tiada cacat cela sementelahan aku antara tulang belakang majlis pada malam itu. Mana taknya, suara aku akan berkumandang dari awal sehingga penutup majlis.

Cuma apa yang aku kecewa, cara Pak Karim melayan antara aku dan Hani. Tau lah dia tidak berpuas hati dengan suara, tone dan phrasing aku, tapi janganlah tunjuk sangat. Dia seolah-olah melayan aku tidak seberapa. Dia bercakap, membuat teguran tanpa melihat aku langsung. Semua perbualan dibuat dengan Hani sahaja. Padahal Hani pun bukanlah bagus sgt. Sama sahaja sebab kami sama-sama masih baru. Kalau aku teruk sangat, takkan la aku mendapat pujian melambung pada majlis-majlis yg lepas. Atau... mungkin sebab aku ni kaum Adam gak. Satu spesies, jadi Pak Karim tiada cas dengan aku. Mungkin jugak.

Tapi bagi aku, semua tu cuma menjadikan aku lebih bersemangat untuk terus mencuba. Sedikit pun tidak melemahkan aku. Sebab aku rasa, aku boleh buat. Aku mesti cuba.. Jadi pada majlis sebenarnya, maka berlangsunglah majlis dengan jayanya. Tanpa ada masalah. Semuanya lancar. Dan akhirnya, sedikit pujian daripada Pak Karim dapat aku umpan. Tegurnya pada Hani, "Awak tergopoh-gapah. Tak cool. Tapi Farizh okay. Tenang..". Hati aku kembali berbunga-bunga. Tapi aku tak mendambakan apa-apa pun. Yang penting, alhamdulillah, semuanya selesai dengan baik. Sebelum pulang, Pak Karim memberi dorongan banyak berlatih lagi supaya jadi lebih baik. Sekiranya serius, boleh jadi side income yg lumayan katanya lagi. Dalam hati aku berbisik, bagus jugak Pak Karim ni yer..

Keesokan harinya aku mendapat kiriman sms daripada bekas teman sekelas aku yg sama-sama menghadiri majlis perkahwinan Aina di Hotel Istana yg aku acarakan. Sms itu memberikan komen utk aku. Aku terima apa-apa jua komen supaya aku menjadi lebih baik. Naf (teman yg mengirim sms tersebut) mengatakan aku perlu jadi lebig cool dan macho semasa mengacarakan majlis. Jgn kunyah perkataan. Intonasi boleh diperbaiki lagi. Aku tersenyum sebab tak sangka pandai gak Naf bagi komen sebaik itu. Buat makluman, majlis kahwin Naf di Dewan Felda Jln Semarak telah diacarakan oleh Chuari Selamat. Kalau yg tidak berapa kenal, Chuari Selamat merupakan seorang deejay radio dan sering mengacarakan Pertandingan Berbalas Pantun Sekolah Menengah Peringkat Kebangasaan. Terima kasih yer Naf..


Inilah Aina dan suaminya, Shahrir. Semoga bahagia dan kekal ke akhir hayat. Terima kasih kepada Aina bagi peluang dan ruang kepada aku mendapat pengalaman baru...


Macam pahlawan Melayu tak?



Inilah ruang kosong yg aku isikan malam itu...



Tempat aku yg telah dikhaskan..


Pintu masuk ke Gand Ballroom..


Hiasan mlm itu. Serba indah..

Inilah Hani, pasangan pengacara aku mlm tersebut..

7 comments:

tcer_mai said...

wah wah wah...hang dah jadik MC noo..aguslah...mdah makin bagus, mmm mana tau dapat wat duit lebih nanti bila dah teror...faris cantik sungguh kan pelamn dan hiasan dia...mmm mesti org2 best gak nih...grand kan majlis tuh..

fache said...

mmg grand. tema warna putih. tp mmg smart abes la mai. aku kagum

tcer_mai said...

eee bestlah...bila aku tgk gambaq yang hang letak, ish nak sama dgn perkahwinan impian aku.... haih tak mampulah nak buat...takpala dapat buat majlis sederhana pon jadilah..hehehe tapi calonnya....hahaha belom ada...

fache said...

majlis kawen impian hang mcm tu ka? boleh ja.. mesti meriah kg kita nanti. memang grand abes la majlis tu beb. berprotokol gila2. tergeliat lidah aku nak sebut nama vvip n vip yg berpangkat mcm2. calon tu dah ada cuma blom Allah serukan depan hang. doakan Allah percepatkan.. sama2 doa

tcer_mai said...

tu lah aku pon tak nampak2 sapa dia, tak dak idea...eee aku dok doa mintak Allah bukak jalan permudahkan segala urusan...thanz ek Faris atas motivasi tuh... hampa nih bila lagi...F n F... Faris and fitri... hampa nih dok sempoi saja... Azrin dah melepas tgh bahagia...eee cepat2 lah abe weh...nanti lambat weh...heehehe hampa laki takpa..

fache said...

x pa la. aku malas nak pikiq pasal tu lagik tambah2 x dak calon. kalo ada calon tu lain la cerita plak. aku biaq la kwn2 lepas dulu. hehehehe

tcer_mai said...

weh faris,cari lah lekas...bukannya tak comel hang tuh...err boh laa shoutmix senang nak mesej2...eh aku rasa dah amik dah no fon hang, tapi awat takdak dalam fon aku...