Friday, November 28, 2008

Gembira Tak Terkata

Pada hari sabtu yang lepas, tempat aku menabur bakti mencari rezeki telah mengadakan satu majlis yg dinamakan Sambutan Hari Jantung & Diabetes Sedunia, Peringkat Negeri 2008. Maka, MB Negeri Sembilan telah dijemput merasmikan program tersebut.

Seperti biasa, aku telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pengacara Majlis program tersebut. Ini merupakan permintaan Pengarah Hospital sendiri membuatkan aku tak dapat nak menolak. Buat kali keduanya majlis yg dihadiri oleh MB aku acarakan. Wlwpun dah berkali-kali menjadi Pengacara Majlis tapi aku masih berdebar-debar dan takut. Seperti biasa, malam aku jadi gundah gulana. Tidur tak lena. Perut rasa tak kena. Itulah lumrah yg selalu aku hadapi setiap kali aku pegang amanah mengendalikan majlis.

Maka pada hari berlangsungnya majlis aku tiba dalam pukul 9 pagi. MB bakal menjejak kaki pada pukul 11.30 pagi. Di sebelah pagi bermula pukul 9 pagi merupakan ceramah berkaitan penyakit jantung dan diabetes yg sangat menarik intipatinya untuk dikongsi.

Pukul 11 pagi setiausaha sulit MB mencari aku bagi meneliti kata-kata aluan dalam teks aku untuk diperbetulkan. Terutamanya bab susunan dalam protokol. Dia juga mengesahkan kehadiran VIP-VIP yang telah dijemput. Dalam detik 10 minit sebelum 11.30 pagi, Event Manager berbisik kepada aku. Mereka sudah dalam perjalanan. Siap sedia.. Tepat pukul 11.30 pagi, maka terdengar paluan kompang menandakan yang ditunggu sudah sampai, yang dinanti sudah pun tiba. Bila melihat kelibat MB di daun pintu auditorium, terus aku alunkan suara lunak dari anak tekak mengumumkan kedatangan beliau..

Seperti yg dirancang majlis berjalan dengan tiada gangguan dan cacat celanya. Kemudiannya, aku menjemput MB menakluk pentas utama bagi menyampaikan ucaptama seterusnya merasmikan majlis pagi itu. Sebaik mengambil tempat, MB memberikan ucapan beliau. Beliau memberikan ucapan tahniah ke atas kejayaan-kejayaan yg telah dikecapi dan terus memberikan sokongan utk terus berjaya memberikan perkhidmatan yg baik.

MB menyeru supaya perkhidmatan kaunter dipertingkatkan kecekapan. Beliau amat berpuas hati dengan tahap sekarang seperti perkhidmatan di Jabatan Farmasi seperti contoh. Tiba-tiba MB terus memalingkan mukanya kepada aku yg berdiri mendengar ucapannya di balik rostrum yg sedari awal aku gunakan utk mengacarakan majlis. Dia berkata "Kamu pharmacist kan?". Seluruh dewan bergema dengan ketawa hadirin. Aku tersenyum dan mengangguk-angguk kepala tanda setuju. Dalam hati berkata "Yer. Saya pharmacist".

Aku tidak terkejut macam mana MB tau aku merupakan Pegawai Farmasi di situ. Bukan kerana MB memang mengenali aku. Siapalah aku.. Cuma aku ternampak dia berbisik dan berborak dengan Pengarah semasa aku majlis berlangsung. Mungin di situ Pengarah memaklumkan akan status dan siapa aku.

Hati aku berbunga rasa gembira. Kerana peranan aku dihargai. Biarpun aku cuma mengacarakan majlis tersebut. Bukanlah siapa-siapa yg byk membuat jasa dalam perkhidmatan. Aku jadi terharu. Pasti aku takkan lupakan. Sebenarnya saat MB naik ke pentas, beliau ada juga memberikan pujian kepada aku. Katanya, aku boleh terlibat dalam bidang yg berkaitan puitis. Mungkin teks ucapan aku yg agak puitis terutama semasa aku menjemput beliau utk maju ke pentas utama. Aku rasa dihargai

Maka selepas itu, berhamburlah kata-kata pujian ke atas aku sebaik majlis selesai. Tapi aku dah tak kisah. Janji majlis telah berjalan baik dan lancar. Amanah telah aku laksanakan dengan sebaik mungkin. Terus perut yg sedari tadi kosong tak terisi berkeroncong. Padahal sebelum majlis, aku sikit pun tak terasa lapar wlwpun dihidangkan dan disajikan dengan pelbagai makanan. Sebabnya, aku masih berdebar-debar. Lapar bertukar jadi senyap. Tersembunyi seketika.. Tidak dapat dieksperisikan sepenuhnya..

Selesai majlis aku enak menjamu selera dan terus beredar pergi menuju ke teratak aku. Aku manjakan diri dalam kamar yg tak seberapa. Terus aku dilamun mimpi di siang hari..


3 comments:

@rkipheet said...

aku doa semoga jadi host yg dikenali one day... pastu leh tumpang glamer... ;-)

tcer_mai said...

hahaha...aku pon doa hang jadik host yang popular...hehehe kat sekolah aku pon pernah jadi host..hehehe..hari sukan sekolah...bayangkan gempak habis...

Yan said...

gud..gud..