Sunday, May 17, 2009

Perempuan & Tudung

Paparan kali agak berat mungkin. Tambahan pula melibatkan hal halal haram yang amat sensitif untuk dibicarakan. Tapi sebagai hamba Allah yang ada tanggungjawab pada umat manusia, aku rasa terpanggil untuk mengutarakan isu berat pada kali ini.

Mungkin setiap manusia ada pendapat dan idea masing-masing. Tapi kita semua perlu ingat di kotak sanubari kita, setiapnya itu perlu berlandaskan dan berpaksikan tauhid yang betul. Salah percaturan, mungkin boleh tergelincir iman.

Kenapa aku perlu mengutarakan isu seberat ini? Perlukah ia disampaikan di sini? Tapi aku jadikan ini sebagai medan untuk melempiaskan rasa tidak puas hati pada ruang yang sebesar ini cuma. Yup... boleh dikatakan rasa tidak puas hati juga kerana peraturan dan hukum hakam Allah yang diambil ringan dan diperkotak-katikkan. Ini bukan isu main-main. Ini melibatkan iman...

Mungkin benar aku bukan seorang maulana, ustaz, pakar agama atau pelajar berlatar belakang agama. Tapi di gelanggang ini, coretan yang bakal dicoret bukanlah untuk menjatuhkan hukum. Cuma membincangkan dan menjelaskan serba sedikit informasi yang aku ketahui. Dan kita mesti sedia maklum, mana-mana manusia yang Islam adalah menjadi tanggungjawab kepada mereka untuk menyampaikan kepada yang lain bukan?

Kita semua sedia maklum, telah jatuh hukum wajib ke atas mana-mana wanita untuk menutup aurat mereka dengan sempurna tanpa dilihat oleh mana-mana lelaki yang bukan muhrim mereka. Dan bila mana-mana hukum itu adalah WAJIB, maka ia mesti diikuti dan dipraktikkan.

Yang menjadi haru biru masyarakat Islam di Malaysia kebelakangan ini, mereka gemar untuk merujuk pada artis-artis dan selebriti yang ada bila melibatkan perkara berat seperti ini. Kenapa jadi begini?? Contohnya, mereka akan mengatakan kami tak bertudung sebab belum waktunya. Dan bertudung perlukan keikhlasan.

Ya Allah Ya Tuhanku... Inilah umat sekarang kan. Benda yang wajib tetap kena dilaksanakan. Yang wajib tetap wajib. Apa perlu masa-masa tertentu untuk taat dan ingkar pada ajaran Allah S.W.T? Pasti jawapannya tidak...

Dan semestinya apa yang wajib tak perlu untuk tunggu ikhlas atau tidak. Apa yang diperintahkan ke atas kita terutamanya yang wajib, nak atau tidak MESTI dibuat. Tak perlu tunggu ikhlas baru nak buat. Ini benda yang WAJIB. Bukan perkara sunat yang boleh diberi kebebasan untuk nak atau tidak.

Sebagai contoh, solat 5 waktu adalah wajib. Nak atau tidak MESTI kena buat. Tak perlu ikhlas baru nak dirikan solat. Sebab hukum ke atasnya adalah WAJIB. Jadi setiap manusia yang di hatinya tertanam kalimah 2 syahadah, menjadi WAJIB ke atas mereka untuk mendirikan solat 5 waktu sehari semalam tanpa ada apa-apa alasan. Dan disebabkan WAJIB itulah, maka Allah memberi kelonggaran kepada mereka-mereka yang berkecuali seperti sakit, dalam perjalanan dan sebagainya untuk diberikan sedikit kelonggaran namun TETAP atau MESTI juga mendirikan solat 5 waktu sehari semalam. Cuma mungkin sedikit kelonggaran diberikan berdasarkan situasi dan keadaan mereka pada ketika itu. Tapi tiada alasan kan??

Dan solat juga MESTI dilakukan bila masuk waktunya. Bukan perlu untuk tunggu bila kita bersedia atau tidak, baru solat itu perlu didirikan. Sudah pasti tidak... Kalau tidak didirikan, maka ia jadi berdosa dan wajib untuk diqadakan.

Jawapan masyarakat Malaysia yang kebelakangan ini yang ke arah itu sebenarnya adalah jawapan untuk membela diri terutamanya artis-artis kita yang tidak mahu mengaku kepada masyarakat yang mereka telah bersalah dan berdosa. Dan disebabkab itu jawapan membela diri seperti "belum seru", "belum waktunya" dan "perlu ikhlas" hadir sebagai jawapan dari bibir mereka. Dan jawapan itu telah menjadi sebati dalam masyarakat kita sehingga yang wajib dan benar dibelakangkan. Nauzubillah....

Dan bila ada di kalangan si Hawa yang mula menutup aurat mereka dengan tudung, berdesir-desir pula kata-kata caci maki yang singgah. "Ala, belum tentu ikhlas dia bertudung tu. Enta-entah esok lusa dia bukak balik". Wahai sekalian umat kita perlu balik pada dasar ajaran agama kita. Yang wajib tetap menjadi wajib. Dan jangalah kita jadikan ia perkara lebih kompleks dan dipusing-pusing sebegini.

Diharapa tulisan kali ini dapat memberi sedikit gambaran dan kesedaran betapa jahilnya kita kepada agama. Aku sendiri pun jahil dalam agama tapi bila disentuh perkara-perkara yang besar sebigini, aku rasa tercuit untuk dibentangkan. Aku pun banyak dosa dan setiap waktu dan masa juga berdosa sama ada sedar ataupun tidak, tapi yang penting janganlah disebabkan itu kita rasa kita tak bertanggungjawab untuk melepaskan ia sebegitu. Renung-renungkan...

P/s: Diharapakan komen-komen dari pembaca dapat diberi bila isu-isu menarik sebegini diutarakan. Komen ok!!!

2 comments:

Yan said...

a gud article with strict warning.u have done ur deeds and its up to them to perceived it the way they interpret it..but wajib mmg wajib..yan pon pakai tudung serba kekurangan sbb pakai xbtol..trying to perbetulkan diri sendiri gak..

tcer_mai said...

THANK YOU MY DEAR FRIEND FOR THE REMINDER...