Thursday, October 23, 2008

Perbezaan Dlm Persamaan

Mlm ke-2 isunya lebih menarik. Sebenarnya, fasilitator nie mmg major dan arif dlm isu2 berkaitan suami isteri. Dia selalu menganjurkan kursus mengenainya. Mmg menarik. Perkara2 yg perlu kita ketahui bg lelaki (L) dan perempuan (P) terutama utk memahami antara 1 sama lain.

Dari kajian yg dijalankan, didapati bahawa otak sebelah kanan akan matang terlebih dahulu berbanding otak sebelah kiri. Otak sebelah kanan digunakan bg perkara berkaitan emosi, tonasi suara, ekspresi muka dan gerak bdn. Manakala otak kiri pula utk membaca, menulis, mengira dan lisan. Katanya lagi, bg P otak kirinya lebih cepat matang berbanding otak L.

Lebih menarik, pd peringkat awal kedua2 telinga dan mata P ok. Tp tidak bg lelaki. Cuma telinga kanan dan mata kiri shj yg berfungsi. Bg otak pula, corpus colosum i.i struktur penyambung di antara otak kanan dan kiri bg L lebih kecil berbanding otak P yg lebih besar. Disebabkan itu maka P boleh melakukan multi-tasking berbanding L yg mono tasking. Buktinya, P boleh memasak dan pd masa yg sama basuh baju, mengasuh anak, sidai baju, kemas rumah dan sebagainya. Tetapi, dari segi fizikal otak L lebih besar saiznya berbanding otak P.

Beralih kepada mata, sebenarnya mata L lebih zoom. Jd dia akan fokus pd 1 benda shj. Berbanding P, pandangan mereka wide angle. Mereka boleh nampak banyak benda berbanding L. Contoh yg menarik utk dikongsi ialah dlm mencari baju atau apa shj dlm almari pakaian. L selalu x jumpa cari pdhal benda yg dicari dlm almari pakaian. Sebenarnya benda yg dicari tu mmg berada depan mata. Bak kata org tua2, kalo ular dah lama kena patuk. Ataupun mak aku slalu ckp, cari dgn mata, jgn cari dgn mulut. Sbb apa? Sbb cari2, pastu ckp, x jumpa la, x de pun, mana ada.. Mulut bising kan. Pdhal bendanya mmg ada kat situ. Tp ada gak yg memang xde tp dorg P ckp ada kan? Hehehehehe

Menarik kan? Semua benda tu ada bukti dan memang betul. Bg cara berfikir, L lebih suka berfikir sendirian. Sbb tu kalo ada masalah L suka menyendiri dan x nak diganggu. Tp berlainan ngn P. Mereka perlukan seseorg utk dikongsi. Sbb tu dorg suka bercerita dan berkongsi masalah. Tambah2 plak bila dorg berckp, ini akan membantu mengaktifkan dan merangsang pemikiran dorg. Bg org yg dah kawin, si suami perlu la memainkan peranan utk jd pendengar yg baik wlwpun x larat nak dgr. Bukan apa, utk membantu si isteri. Jd kalo isteri anda berleter, biarkan dan dengar jer. Sbb dia akan rasa lebih tenang lepas berleter tu... Kesian si suami kan?

Korg nak tau sbb apa si suami mampu utk tahan dengar leteran si isteri dan tangisan anak2 dia setiap hari? Dia boleh wat derk jerk.. Pdhal org P rasa bingit jerk. Sbbnya, telinga kiri L x berapa fungsi sbb dari peringkat awal lg telinga kiri L x berfungsi. Dia ada tunjuk 1 kajian yg dibuat, L dan P diperdengarkan perkataan yg lain2 di kedua2 belah telinga. Telinga sebelah kiri perkataan lain, telinga sebelah kanan plak perkataan lain. Tp perkataan tu hampir nak sama bunyinya dan diperdengarkan serentak pd headphone tu. Hasilnya? Jeng jeng jeng.... Menarik sgt. L akan cuba dpt tangkap perkataan2 yg di dgr sebelah telinga kiri jer. Tp P dia bleh dgr dua2 perkataan di kedua2 belah telinganya. Unik kan ciptaan Allah S.W.T. Allahu akbar.. Selama nie x tau pun. Tu sbb L tahan kena marah, leter.

Bagus la benda nie. Terutamanya pd pasangan suami isteri. Supaya membantu hbgn suami isteri. Sbb kdg2 kita slalu nak psgn kita paham diri kita kan. Pdhal mmg dia xkan faham sbb mmg Allah dah buat berlainan. Jadi, kita kena fahami psgn kita. Kena saling mengenali dan faham memahami. Contohnya, bg L kalo dia balik lambat dan x bgtau si isteri awal kdg2 dia terasa benda tu xde apa2 kesan dan x slah pun. Pdhal si isteri plak kat umah dah fikir mcm2 kenapa suami dia x bgtau pun balik lambat. Mungkin ia akan fikir, dia dah ada org lain ke? Ada skandal ke? Suami dia dah x syg ke? Suami dia dah pandai ronggeng mlm ke? Mcm2 kan? Tu yg pentingnya saling memahami.. Betul x?!!

K la.. Setakat nie dulu kot. Kalo ada apa2 yg tertinggal, nanti akan dikongsi lagi. Renung-renungkan... Dan selamat beramal... (mcm kenal x tagline sape tue?)

2 comments:

Anonymous said...

sangat bermanfaat ilmu nih...mmm tak tau plak mcm tuh..terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu..nanti ada lagi letak la ya.

fache said...

thanks weh sbb sudi baca. ada gak org nak baca ek... lawat2 la lagi yer