Wednesday, October 22, 2008

Team Building di PD

Dari Isnin lepas sampai petang Rabu nie, aku hadirkan diri ke 1 kursus team Building di PD. Respons dari kwn-kwn yg penah pergi kursus sama sebelum nie amat bagus. Cakap-cakap mereka, katanya fasilitatornya best (leh caya ke khabar angin tue). Dan aktiviti-aktivitinya menarik dan menghiburkan. Lokasi kursus kali nie Glory Beach Resort, Port Dickson. Hotel nie biasa je la. Sederhana..

Program bermula pada petang Isnin tue. Tapi xder apa2 pun. Cuma check-in jerk. Aktiviti yang sebenarnya bermula pada sebelah mlm selepas makan malam. Tapi yg xbestnyer, aktiviti yg pertama jerk aku dan budak2 1 bilik aku terlambat sedikit. Ya ampun!!! Itupun bukan salah kami sbbnya pihak urusetia x bagitau pd semua yg program akan bermula pd pukul 8.30mlm dan bukan pd pukul 9 mlm seperti yg tertera di buku program. Lain kali, kita sbg urusetia mana2 program sekalipun perlu pastikan semua peserta dpt maklumat terkini kalau ada mana2 perubahan. Pertama, supaya x membazir masa. Kedua, supaya x memberikan gambaran dan persepsi buruk yg x baik tentang jabatan kita pd fasilitator yg dtg. Tapi aku x de lah menyalahkan pihak urusetia 100%. Mungkin mereka dah sebarkan maklumat tue, cuma kami 1 bilik jerk yg x terima. Alhamdulillah x de lah lambat sgt. Cuma beberapa minit. Tapi tetap x best la kan.. Masa itu emas kan??

Mlm tu programnya "Cari Siapa Yang...". Ada beberapa ciri yg telah ditetapkan. Dan setiap individu perlu mendapatkan tandatangan bagi 19 ciri tersebut dlm masa yg telah ditetapkan. Antara ciri2 tersebut: mempunyai astro, panas baran, suka warna biru, x suka pergi kursus, kasut saiz 8, ada kucing peliharaan, anak sulung dan sebagainya. Aku cuma dapat 13/19. X penuh.. Susah gak nak minta tandatangan org yg baru je kita kenal. Dan kita bukan tau pun latar belakang mereka. Nak kena tanya lagi. Susah gak wlwpun nmpk mcm senang.

Yg unik sket mlm tue, sblm acara bermula kami kena perkenalkan diri dulu dan bgtau KOD ANTARABANGSA kita. Kod aku mlm tue ialah 1000. 1=diri sendiri, 0=bujang, 0=tiada anak, 0=tiada cucu. Ada yg 1900, ada yg 1110 dan sebagainya lah. Ringkas kan nak kenalkan diri kita? X perlu nak ckp pjg2. Tp mlm tu x de la org yg mempunyai kod seperti 1220 atau 1250.. Hahaha. Btol gak fasilitatornya boleh tahan. Aktif dan kreatif. Aktivitinya pun agak memuaskan. Btol la ckp kwn2 aku. Tunggu seterusnya.. Apa yg ada lagik yer?

Mlm kedua ada benda best yg aku nak cerita.. Pasal perbezaan lelaki & wanita. Menarik tau. Tunggu yer..

No comments: