Saturday, January 24, 2009
Cuti Yang Tak Cuti
Tapi x per la. Masa HAri Raya Aidilfitri lepas, geng2 Chinese dah cover keje aku. So kali ni aku plak yg cover utk dorang plak kan. Adil la tu. Nama pun masyarakat majmuk kat Malaysia ni. Kena la bertolak ansur dan saling faham memahami kan..
Sbb hari nie rileks sket pagi2 dlm kul 11 pagi Kamal call. Dia ada kat umah Wan di Bdr Tasik Selatan. Dia dah tukar plan nak masak2 yg sepatutnya masak malam nanti tukar jadi lunch. So dia jemput aku dtg. Aku pun terus siap-siap dan bergegas ke sana.
DLm perjalanan, aku terpikir. Alamak... jalan dari Kl-Seremban sgt2 sesak di Nilai sbb ada accident kata HotFM. Aku ckp alahai dah salah buat keputusan ni. Nak lunch semata2 aku sampai ke KL. Keputusan yg kureng baik nie. Alamat balik nanti sesak teruk la.
Sampai umah Wan, dorg dah hampir siap masak. Menarik dan menyelerakan!!!! X sia2 dtg dari jauh. Hehehehehehe... Tunggu x lama, pastu kami terus menjamu selera dgn lahap. Aku la plg lahap sbb laparrrrrrrr. Aku x sarapan pun pagi tadi. Mmg aku terus tambah lagik. Antara lauk2, ikan kembung goreng bersambal salut, kerang rebus, tom yam, sayur dan sotong sambal. Mmg Wan agak pandai masak la. Dia pun sgt rajin masak kat umah. X mcm aku yg malas sgt2 utk malas wlwpun kelengkapan kat umah utk masak semua ada. Org yg dtg mesti tanya, "ko masak ke kat umah." Sbb tgk mcm org masak. Dapur, kabinet, pinggan mangkuk dan etc. Tapi.... x penah berasap pun.
Pukul 2 lebih aku bergegas balik ke Seremban. Tak seperti yg dijangkakan, jalan sgt2 la clear!! Kereta tetap byk cuma lancar. Gembira... Alhamdulillah.. Kepada semua, selamat bercuti dan pandu hati-hati.
Wednesday, January 21, 2009
Iluminasi Muzik - AJL 23
Dlm bercuti tu tiba2 dpt panggilan dari Hafiz @ Locco (fit3 tolong btolkan ejaan, bukan Afiz ok). Dia bgtau dpt 4 keping tiket ke AJL. Mula2 mmg ingat tiket VIP dan Locco pun mmg x bgtau tiket jenis apa. So aku pun bgtau Kamal n Fit3 (sahabat baik aku) yg aku akan balik Seremban awal sehari. Plan sebelum ni nak balik Ahad pagi. Tp sbb nak pg tgk AJL jadi terpaksa balik awal sket sbb nak rehat n sebagainya.. Kamal agak 50-50, x pasti lagi sbb esoknya Isnin perlu keja. Fit3 terus teruja n terus bgtau confirm nak ikut. Aku mula2 agak teruja, tp bila mengenangkan esoknya kena kerja, aku mcm risau. Takut x dpt balik gak mlm tu sbb aku mmg ngantuk kalo dah pukul 12. Mmg x mampu nak drive balik la. Kalo aku x balik mlm tu gak ke Seremban, agak pasti aku xkan keje Isnin tu. Tu yg aku x nak. Tp sbb dah bgtau Locco nak pg, n fit3 pun beria2 nak pg, so aku pun terkena tempias la.
Sabtu ptg aku bertolak ke Std Putra Bukit Jalil dgn Locco dari Selayang, umah Locco. Masing2 dgn kereta masing2. DLm pukul 6.30 ptg kami dah sampai. Parking kete masih byk kosong. Kami sadaikan kete di situ, byr RM 2 utk parking dan terus survey tempat. Mak aiii.... ramainya org dgn gaya n fesyen masing2. Aku mula dah rasa malas nak pg sbb x berapa suke suasana penuh sesak n ramai org mcm tu. Rasa mcm nak balik jer tp sbb dah janji n dah sampai pun kan, so aku tunggu je la. Kami jalan2 kat luar stadium, waktu tu HotFm tgh buat rakaman luar live. Nmpkla deejay, Tini n Suraya. 1st time nmpk muka Suraya. Slalu dgr suara je kat radio tp x penah tgk muka dia.
Fit3 n Kamal blom sampai2 lagik. AKu dah resah gelisah sbb org makin ramai dan dorg x sampai2 lagik. Risau takut penuh nanti n x dpt tempat strategik. Berkali-kali aku sms n call Kamal n Fit3 dok suruh dorg cepat sket.. Last2 aku n Locco cari surau dulu n mintak Fit3 n Kamal cari std n tunggu kami lepas solat Maghrib jap. Lepas solat tu bergegas la plak cari Kamal n Fit3. Agak lama la gak cari tp alhamdulillah kecanggihan teknologi ada, so senang la. Ada hset kan. Call la..
Lepas jumpa n edarkan tiket kami ke 'red carpet' di pintu masuk utama stadium. Inilah sebenarnya kesilapan kami yg membawa kepada xdpt seat yg betul-betul strategik. Sbb bila kat 'red carpet' tu masing2 dah hanyut tgk vip2 masuk n x ingat pasal nanti pasal dpt seat teruk ke apa ke kan. Dah la tu masing2 x bersyukur dpt tiket aras 3. Masing2 dok makan hati x dpt tiket vip. Dok tengok je org masuk ngn bawa tiket vip yg keras n lawa tu. Manusia mmg slalu x bersyukur kan? Apa la nak jadik kan...
S bila tiba2 tersedar baru terus meraban carik pintu masuk ke aras 3. Kalut dibuatnya. Dah jadik merentas desa. Nasib baik x terpecah belah lagik. Masing2 dah berpeluh2..... dan akhirnya jumpa pintu masuk n terus berasak2 masuk. Kami masuk btol2 kat depan tepi stage. View mmg dekat n sgt2 stategik. Masing2 dah teruja x ingat. Hati berbunga2... Rupa2nya seat area situ dah penuh. Terpaksa la carik tempat lain. Tu la, x bersyukur sgt2. Dpt free tiket pun masih membebel x dpt tiket vip lagik. Rasakan...
Last2 bila masing2 dah duduk n tunggu acara nak mula. Baru kami bersyukur dlm hati bila mendongak ke atas, aras 4. Lagi tinggi n jauh sgt2 dari pentas utama. Alamatnya tgk skrin je la.. Baru terbit rasa syukur di hati masing2.
Dlm menunggu acara nak mula, masih ramai lagi yg baru masuk tercari2 seat dorg. Lagi bertambah2 syukur la masa tu. Sementara menunggu, krew AJL muncul bagi briefing n tepat kul 9, acara gilang-gemilang bermula...
Seperti kita maklum, opening AJL 23 adalah Stomping Dance. Aku suka opening nie. Mantap n happening cuma vokal One Nation Emcees x brape kedengaran. Pertengahan tu baru dpt tau lirik dorg memasukkan nama2 lagu yg bertanding. Pengacara2 muncul dan acara muncul penuh merih n gilang gemilang.
Secara keseluruhannya, aku rasa semua peserta dah bagi persembahan yg terbaik. Tp Persembahan Terbaik mlm tu secara peribadinya, mmg dah boleh agak. Faizal Tahir mmg menyeramkan bulu roma audiens malam tu. Persembahannya melalui Sampai Syurga mmg ada aura n beri kesan. Terkesima masing2. Mmg riuh rendah sgt2 kat std tu selepas Faizal habis persembahan. Ada yg berdiri, tepukan mmg gemuruh sgt2... Menjerit2 audiens sbb terpukau dgn persembahan Faizal mlm tu. Dia mmg sgt2 layak utk ditabalkan sbg pemenang Persembahan Terbaik. Saingannya mungkin Stacy, penuh stamina.
Actually, aku x berapa suke Faizal Tahir nie. X suka attitude n sikap dia. Mcm best!!! Buhsan aku tp x dpt menafikan bakat yg ada dlm dia. Sgt berbakat dan kreatif. Aku rasa ramai yg berpendirian n berpandangan mcm aku. X suka Faizal Tahir tp tau yg dia mmg boleh menang mlm tu. Heheehehehe...
Lepas pengumuman dibuat dan penyampaian hadih kami terus blah. Keputusan tepat kali nie sbb masa tu ramai masih stay. So, x jam. Kalo kuar lepas abes acara, sure la jam masa nak kuar nanti. Kami kuar n masing2 tergopoh gapah nak balik. Locco plg kelam kabut sbb nak siapkan slide presentation dia sbb esok ada presentation. Kamal n Wan terus balik ke Bdr Tasik Selatan ke umah Wan. Kesian Kamal penat drive dari Alor Setar terus ke Bukit Jalil. Fit3 ambil beg dlm kete Kamal n ikut aku balik ke Seremban. Masing2 balik cepat pdhal perut lapar. Tp sbb esok sume keje, dah x ingat dah pasal lapar. Nasib baik Fit3 ikut aku balik ke Seremban, so dia leh borak2 ngn aku masa drive. SO x la aku rasa ngantuk wlwpun dok menguap-nguap berulang kali tp mata tetap maintain.. Terima kasih Fit3. Sampai di Seremban, kami makan n sampai umah dlm kul 2, aku terus tido. Alhamdulillah esok dpt bangun seperti biasa, siap2 n htr Fit3 ke stesen komuter sbb dia nak ke KL n aku terus masuk keje. Alhamdulillah, x lewat pun... Jumpa lagi yer. AJL 23, jadi kenangan!!!
Monday, December 29, 2008
Santai di Melaka
Lama aku tak mencoret kat blog ni. Agak sibuk sket ujung2 tahun nie. Aku mula balik dengan deretan cerita yg belum sempat dipaparkan.
Disebabkan aku x balik kg sempena Hari Raya Haji lepas, jadi aku dan kwn2 seangkatan saja makan2 angin ke Melaka. Lepas menunaikan solah sunat Hari Raya Aidiladha, aku berborak sekejap dengan member2 yg terjumpa di masjid tu. Lepas tu, aku terus memerap dlm umah menatap komputer dan tv.
Waktu menginjak tengah hari, seperti yg dijanjikan kwn2 aku pun dtg ke rumah. Kami akan ke Melaka dari rumah aku. Hizal kawan baik aku sejak di UiTM tahun 2000 (sewaktu aku buat diploma) sampai dulu menaiki "katak hijaunya'. Tak lama kemudian, Kamal (kwn baik aku aku kenal sejak di KSAH tahun 1994) sampai bersama Wan. Tanpa membuang masa, kami terus bertolak ke Melaka menaiki kereta Kamal. Jadi kami berempat ke sana. Kamal memandu, aku di sebelah. HIzal dan Wan di belakang. Yg best, Wan bawa bekalan kuih-muih yg sempat dijamah dlm perjalanan. Paling sedap tart nenas yg memang mantap giler...
Sampai di Melaka, kami terus ke kwsan bandar sebab nak pick up sorang laki kwn, Asyran (panggilan Ash). Sampai kawasan town, memang jam la. Byk sgt kereta.. Maklumla cuti kan. Semua org ambil kesempatan utk kuar. Lepas ambil Asy, kami terus ke destinasi di tuju. Kami parking kereta dekat tempat yg agak jauh sbb parking memang penuh dan terus jalan sekitar. Bermula di pinggir Sg Melaka sampai lah di A'Famosa dan sebangainya. Memang seronok sbb dah lama x dtg jalan2 di Melaka. Dah byk perubahan..
Beruntung sbb Ash memang asal Melaka. Kebetulan di kg balik beraya. Jadi kami ambil kesempatan jalan2 sbb ada Ash sbg penunjuk jalan. Yg terkilan x dpt makan masakan asam pedas yg popular di Jonker Street. Menarik sgt tempat tu. Kata Ash, lagi meriah waktu mlm.
Kami jalan2 sekitar tempat bersejarah. Memang ramai org serata tempat. Korea, Singapore, mcm2 la. Omputih memang byk la.. Lepas jalan2, kami pg mkn kat satu tempat yg dibawa Ash. Lepas mkn, kami terus drop Ash kat 1 tempat dan terus bertolak ke Seremban semula. Mlm tu kami sempat main boling di Jusco Seremban. Aku menang kedua2 set. Puas!!! Wlwpun x dpt byk pin, tapi tetap luas dpt kalahkan Hizal dan Kamal. Wan x menonjol maybe sebab dah penat jalan2 di Melaka td.
Thursday, December 25, 2008
Di Taman Teman
Pagi tadi aku terdengar lagu baru ni. Sedap jugak. Tapi yang aku lebih suka adalah liriknya. Puitis. Bunga bahasa dia sgt cantik. Aku kagum... Korang cuba teka lagu sapa?!
Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Mersik manja asyik fana
Di kala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hindar purnama
Kau masih setia
Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat kujejaki tamanmu
Benar indah
Amat indah
Di kala luka terlalu dalam
Sembuhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam
Kau tetap setia
Walau jauhku berlari
Walau jenuhku mencari
Tetap sungguh kau temani
Tanpa jemu dan benci
Biarku telan tangismu
Biarku simpan resahmu
Meski kau bukan milikku
Teguh kau di hatiku
Percayalah
Kau inderaloka
Kan kususuri
Bahagiamu teman di taman ini
Sunday, December 7, 2008
Salam Eidul Adha
Sepjg hari raya ni, kau dok umah je. Lepas solat hari raya, aku balik melepak kat umah. Ujan renyai-renyai sejak awal pagi. Sambil dok tgk tv, aku jamu selera ngn lemang, rendang dan lontong yg kwn aku bagi. Tima kasih yer kawanku yg sudi hantar makanan tu... Hehehehe
Kepada semua, Selamat Hari Raya AIdiladha dengan penuh keinsafan. Hayati erti pengorbanan yg sebenar. Buatlah pengorbanan utk agama terutamanya, bangsa dan negara. Moga Allah memberkati kita dengan hidayah-Nya dan menerima kita di hari depan yg kekal abadi..
Friday, November 28, 2008
Gembira Tak Terkata
Seperti biasa, aku telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pengacara Majlis program tersebut. Ini merupakan permintaan Pengarah Hospital sendiri membuatkan aku tak dapat nak menolak. Buat kali keduanya majlis yg dihadiri oleh MB aku acarakan. Wlwpun dah berkali-kali menjadi Pengacara Majlis tapi aku masih berdebar-debar dan takut. Seperti biasa, malam aku jadi gundah gulana. Tidur tak lena. Perut rasa tak kena. Itulah lumrah yg selalu aku hadapi setiap kali aku pegang amanah mengendalikan majlis.
Maka pada hari berlangsungnya majlis aku tiba dalam pukul 9 pagi. MB bakal menjejak kaki pada pukul 11.30 pagi. Di sebelah pagi bermula pukul 9 pagi merupakan ceramah berkaitan penyakit jantung dan diabetes yg sangat menarik intipatinya untuk dikongsi.
Pukul 11 pagi setiausaha sulit MB mencari aku bagi meneliti kata-kata aluan dalam teks aku untuk diperbetulkan. Terutamanya bab susunan dalam protokol. Dia juga mengesahkan kehadiran VIP-VIP yang telah dijemput. Dalam detik 10 minit sebelum 11.30 pagi, Event Manager berbisik kepada aku. Mereka sudah dalam perjalanan. Siap sedia.. Tepat pukul 11.30 pagi, maka terdengar paluan kompang menandakan yang ditunggu sudah sampai, yang dinanti sudah pun tiba. Bila melihat kelibat MB di daun pintu auditorium, terus aku alunkan suara lunak dari anak tekak mengumumkan kedatangan beliau..
Seperti yg dirancang majlis berjalan dengan tiada gangguan dan cacat celanya. Kemudiannya, aku menjemput MB menakluk pentas utama bagi menyampaikan ucaptama seterusnya merasmikan majlis pagi itu. Sebaik mengambil tempat, MB memberikan ucapan beliau. Beliau memberikan ucapan tahniah ke atas kejayaan-kejayaan yg telah dikecapi dan terus memberikan sokongan utk terus berjaya memberikan perkhidmatan yg baik.
MB menyeru supaya perkhidmatan kaunter dipertingkatkan kecekapan. Beliau amat berpuas hati dengan tahap sekarang seperti perkhidmatan di Jabatan Farmasi seperti contoh. Tiba-tiba MB terus memalingkan mukanya kepada aku yg berdiri mendengar ucapannya di balik rostrum yg sedari awal aku gunakan utk mengacarakan majlis. Dia berkata "Kamu pharmacist kan?". Seluruh dewan bergema dengan ketawa hadirin. Aku tersenyum dan mengangguk-angguk kepala tanda setuju. Dalam hati berkata "Yer. Saya pharmacist".
Aku tidak terkejut macam mana MB tau aku merupakan Pegawai Farmasi di situ. Bukan kerana MB memang mengenali aku. Siapalah aku.. Cuma aku ternampak dia berbisik dan berborak dengan Pengarah semasa aku majlis berlangsung. Mungin di situ Pengarah memaklumkan akan status dan siapa aku.
Hati aku berbunga rasa gembira. Kerana peranan aku dihargai. Biarpun aku cuma mengacarakan majlis tersebut. Bukanlah siapa-siapa yg byk membuat jasa dalam perkhidmatan. Aku jadi terharu. Pasti aku takkan lupakan. Sebenarnya saat MB naik ke pentas, beliau ada juga memberikan pujian kepada aku. Katanya, aku boleh terlibat dalam bidang yg berkaitan puitis. Mungkin teks ucapan aku yg agak puitis terutama semasa aku menjemput beliau utk maju ke pentas utama. Aku rasa dihargai
Maka selepas itu, berhamburlah kata-kata pujian ke atas aku sebaik majlis selesai. Tapi aku dah tak kisah. Janji majlis telah berjalan baik dan lancar. Amanah telah aku laksanakan dengan sebaik mungkin. Terus perut yg sedari tadi kosong tak terisi berkeroncong. Padahal sebelum majlis, aku sikit pun tak terasa lapar wlwpun dihidangkan dan disajikan dengan pelbagai makanan. Sebabnya, aku masih berdebar-debar. Lapar bertukar jadi senyap. Tersembunyi seketika.. Tidak dapat dieksperisikan sepenuhnya..
Selesai majlis aku enak menjamu selera dan terus beredar pergi menuju ke teratak aku. Aku manjakan diri dalam kamar yg tak seberapa. Terus aku dilamun mimpi di siang hari..